
Cara Memohon:
- Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di alamat https://spa9.spa.gov.my.
- Paparan iklan adalah pada 5 Januari 2026 (Isnin), hingga 19 Januari 2026 (Isnin) / 11.59 malam.
- Panduan Pemohon: Pada Menu Jawatan Yang Dimohon, sila pilih Lantikan Kontrak/ Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.
- Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon pemohon untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.
- Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada:
Cawangan Pengambilan dan Penempatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM
Telefon : 03-8870 7637 / 03-8870 7625 / 03-8870 7629
