Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Kundasang, 16 - 17 Ogos 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Kundasang telah mengadakan Kursus Pengkaedahan Jawi secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Program yang mensasarkan peserta daripada kalangan Guru-Guru KAFA seluruh negeri Sabah khususnya Daerah Ranau ini telah disertai seramai 120 orang peserta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman Guru KAFA berkaitan isu-isu pengkaedahan jawi dan seterusnya dapat dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid KAFA khususnya di negeri Sabah.

Penceramah undangan ialah Ustaz Mohd Syahir bin Ismail, Pensyarah Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Beliau juga merupakan Munsyi Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sabah. Pengalaman beliau berkaitan kaedah yang mudah dan tepat, cara mengeja jawi serta isu-isu berkaitan pengkaedahan jawi telah berjaya menarik perhatian peserta untuk fokus kepada pengisian kursus.

Sepanjang kursus tersebut peserta diberikan tugasan untuk menjawab latihan yang disediakan oleh penceramah pada setiap slot kursus. Bagi menguji tahap kefahaman dan penerimaan peserta. Semoga Kursus Pengkaedahan Jawi ini dapat melahirkan Guru KAFA yang berkemahiran dan celik ejaan jawi moden dengan kaedah-kaedah baru yang disarankan oleh pihak Munsyi Jawi DBP Negeri Sabah.

Kursus Pengkaedahan Jawi Memantapkan Pengajaran Murabbi 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/863-kursus-pengkaedahan-jawi-memantapkan-pengajaran-murabbi