5 Julai 2025, Kuala Kubu Bharu Selangor -Seramai 237 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran Program Pensijilan Tahfiz JAKIM Tahun 2025, sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih dan kejayaan mereka menamatkan hafazan 30 juzu’ al-Quran.
Majlis penuh barakah ini menghimpunkan para pelajar daripada Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM, yang dijalankan secara kolaboratif bersama enam buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan. Enam IPT yang terlibat ialah: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), University of Cyberjaya (UoC), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), dan Institut Pendidikan Guru (IPG), Bangi.
Program ini merupakan inisiatif strategik kerajaan melalui Darul Quran JAKIM dalam melahirkan generasi huffaz profesional yang bakal mencorakkan pelbagai bidang kerjaya seperti perubatan, kejuruteraan, pendidikan, teknologi dan lain-lain, di samping mengekalkan identiti sebagai penghafaz al-Quran.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Acara dimulakan dengan perarakan para pelajar bersama pensyarah, perasmi serta tetamu kehormat dari Bangunan Pentadbiran ke Dewan Muktamar dalam suasana penuh tertib dan hormat.
Upacara Khatam dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bermula dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas, diketuai oleh pelajar lelaki (banin) dengan bimbingan Ustaz Mohamad Azroin bin Hassan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil pelajar, Pengarah Darul Quran serta perasmi majlis.
Acara kemuncak diteruskan dengan penyampaian sijil khatam serta anugerah-anugerah kecemerlangan kepada pelajar terpilih. Antara anugerah yang disampaikan termasuk: Anugerah Penulisan al-Quran Terbaik, Anugerah Khas, Anugerah Pensyarah Tasmi’ Cemerlang, dan Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang.
Majlis ini bukan sahaja meraikan pencapaian pelajar, malah menjadi simbol kesatuan antara institusi pendidikan tinggi dalam menjayakan agenda melahirkan insan berilmu, beriman dan berintegriti selari dengan tuntutan al-Quran. Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut :
𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚1. Us. Mohamad Azroin bin Hassan – Pensyarah Lelaki
2. Ust. Nuur Syafiqah binti Abirerah – Pensyarah Banat
𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞
1. Sdr. Muhammad Syarqawi bin Mohamad Roslan – DQ
2. Sdri. Nurul Hidayah binti Mat Fouad – DQ
3. Sdr. Haris Izzuddin bin Haron – PSA
4. Sdri. Nurul Najwa binti Mohd Rodzi – IPG
𝗣𝗘𝗡𝗖𝗔𝗣𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠
Kategori Lelaki
1. Sdr. Ahmad Ariff Ainuddin bin Shahrul Azham (2 kali) – Pensyarah: Abdul Muiz bin Ismail
2. Sdr. Nik Muhammad Wafiy Afnan bin Mohd Wah (2 kali) –
3. Sdr. Muhammad Amin Najmudin bin Mohd Faizal (2 kali) – UNITEN
4. Sdr. Muhammad Faieq Azreen bin N. Mohd Nazrim (2 kali) – UNITEN
5. Sdr. Luqman Nur Hakim bin Zakaria (3 kali) – UNITEN
6. Abdul Hafiz bin Abd Hamdi Zawawi (5 kali) – IPGKPI Bangi
7. Sdr. Kamarul Irfan bin Kamarul Arifin (6 kali) DQ
Kategori Perempuan
1. Sdri. Nur Afqah binti Mohd Tarmizi (4 kali)
2. Sdri Nurin Nisa binti Shamsuazli (2 kali)
3. Sdri. Khairul Ain Husna binti Khairuddin (2 kali)
4. Sdri. Nurul Hidayah binti Mat Fouad (2 kali)
5. Sdri. Nik Noorulfarha binti Nik Mahadi (2 kali)
6. Sdri. Naqiyyatul Mudrikah binti Adnan (2 kali)
7. Sdri. Nur Atiqah binti Khairul Zaid (2 kali)
8. Sdri. Izzah Afiqah binti Mohd Khair (2 kali)
9. Sdri. Humaira Asyura binti Aria Satmi @ Muhammad (2 kali)
10. Sdri.Nur Alia Zahra binti Khairudin (2 kali)
11. Sdri. Jannatul Ma'wa binti Mohd Hanif Arkurni (2 kali)
12. Sdri. Nurul Nabilah binti Ab Bakar (2 kali) – UNITEN
13. Sdri. Nur Ainal Husna binti Norherman Shah (2 kali) – UoC
14. Sdri. Farhah Anee binti Borhan (3 kali)
15. Sdri. Nurdamia Inarah binti Azahari (6 kali)
𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗦𝗬𝗔𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡
Sdr. Kamarul Irfan bin Kamarul Arifin
𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚
1. Sdr.Kamarul Irfan bin Kamarul Arifin – Kategori Banin
2. Sdri. Farhah Anee binti Borhan – Kategori Banat








