Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 30 September 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Program Webinar Al-Quran: Al-Quran dan Perubatan Secara Dalam Talian kepada Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29-54 dan terbuka pada hari Khamis bertarikh 30 September 2021. Program ini dilaksanakan pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari melalui platform Google Meet. Seramai 100 orang peserta telah hadir di dalam kursus ini.

Objektif utama program ini ialah :
  • Mengenali sejarah perubatan menerusi al-quran.
  • Memahami etika dan disiplin yang berkaitan dengan perubatan menerusi al-quran.
  • Mengenali kaedah rawatan islam yang ma’athur.

Sehubungan dengan itu, penceramah program, YBrs. Dr. Zainal Abidin bin Kusmin, Pengamal Perubatan Islam Darus Syifa dan Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Pendakwaan Syariah, Wilayah Persekutuan telah menumpukan pembentangan slide berkaitan Ilmu Al-Quran dan Perubatan mengambil masa selama dua (2) jam. Penceramah juga adalah penulis tesis bertajuk: “Pembinaan Prosedur Operasi Standard Dalam Mengendalikan Kes Penceraian yang melibatkan Dawaan Sihir Pemisah di Mahkamah Syariah”

Semoga program ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ilmu al-Quran, bahkan mampu meningkatkan pengetahuan dan kesedaran untuk menghidupkan dan mempraktikan ilmu berkaitan alquran sebagai syifa’ dan ruqyah dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Program Webinar Al Quran Al Quran Dan Perubatan Secara Dalam Talian1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/885-program-webinar-al-quran-al-quran-dan-perubatan-secara-dalam-talian