Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda. Saya berasa amat bersyukur kerana kita dipertemukan di halaman ini.

Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab terhadap penganjuran Majlis Rasmi Kerajaan iaitu yang melibatkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Fokus Bahagian adalah berteraskan kepada pendigitalan, perpaduan ummah, pembangunan modal insan dan juga pengantarabangsaan bagi menderaskan pelunasan pelaksanaan program-program berkaitan agar dapat memberi impak yang optimum.

Budaya kerja berprestasi tinggi dan kecemerlangan merupakan amalan utama bagi memastikan warga Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mewujudkan persekitaran kerja kondusif dengan bekerja secara berpasukan dalam menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Semoga semua pihak dapat memperoleh manfaat sepenuhnya melalui perkhidmatan yang disampaikan oleh Bahagian ini secara khususnya melalui halaman ini. Bersama-samalah dengan warga Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar ke arah pemerkasaan ummah.

Sekian, salam hormat.

JAKIM UNTUK UMMAH


Pengarah
Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)