VISI
Peneraju pengurusan sumber manusia yang kompeten, efisien dan efektif.


MISI
Memastikan JAKIM sentiasa istiqamah untuk memastikan struktur organisasi yang efisien dan efektif, penggunaan modal insan yang ikhlas pada tahap optimum, itqan dan berintegriti.


OBJEKTIF
Memastikan JAKIM mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang mampan bagi memberikan perkhidmatan yang cemerlang.


FUNGSI
Merancang, menyelaras dan melaksanakan urusan:
1. Pembangunan organisasi;
2. Keperluan perjawatan dan penempatan di JAKIM;
3. Keperluan perkhidmatan pegawai lantikan tetap dan kontrak; dan
4. Kemajuan kerjaya, urusan prestasi dan kompetensi pegawai di JAKIM.


PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan kertas kajian pengukuhan perjawatan untuk pertimbangan Ketua Pengarah JAKIM dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
2. Memastikan pelawaan pengisian Atase JAKIM dan temu duga diuruskan dan dilaksanakan dalam tempoh 25 hari bekerja.
3. Mengeluarkan surat penempatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran dan Penempatan (JKPP) disahkan.
4. Mengeluarkan surat makluman dan penyiaran keputusan pemangkuan/ kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana (Kumpulan Gunasama dan Bukan Gunasama) dalam tempoh 14 hari bekerja setelah Minit Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam disahkan.
5. Menyiarkan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan/ Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah Mesyuarat Panel Peperiksaan JAKIM bersidang.
6. Memperakukan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen/KWSP untuk kelulusan pihak berkuasa melulus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
7. Memperakukan persaraan paksa/ persaraan pilihan/ persaraan terbitan untuk kelulusan pihak berkuasa melulus dalam tempoh 14 hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
8. Memperakukan semua jenis cuti, elaun dan kemudahan untuk kelulusan pihak berkuasa melulus dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
9. Menyediakan dokumen Penyata Lembaga Permulaan (PLP) untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pegawai Kontrak dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
10. Mengemukakan permohonan lantikan Contract of Service (COS) kepada SPA dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah diperakukan Ketua Pengarah JAKIM.