VISI
Berperanan sebagai penggerak ke arah mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
 
 
MISI
Melaksanakan usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
 
 
OBJEKTIF
  1. Memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan mantap, berkesan dan bersepadu bagi menjamin keadilan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia.
     
  2. Mewujudkan mekanisme penyelarasan penguatkuasaan dan pendakwaan.
     
  3. Menjalankan kajian dan penyelidikan bagi merangka pelan tindakan dan strategi untuk mewujudkan penyelarasan tindakan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.
     
  4. Memastikan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan.
 
FUNGSI
  1. Penyelarasan Penguatkuasaan; dan
  2. Penyelarasan Pendakwaan.
 
PIAGAM PELANGGAN
 
Kami Berjanji Akan :
  1. Menggubal arahan, garis panduan dan peraturan yang seragam berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah dalam tempoh 1 tahun selepas keputusan dasar dikeluarkan.
  2. Menyelaras dasar penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia.
  3. Menyelaras advokasi dan pencegahan kesalahan jenayah syariah.
  4. Menjalankan kajian berkaitan isu-isu perkhidmatan, organisasi serta pelaksanaan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di Malaysia.
  5. Mengurus data, maklumat dan statistik berkaitan kes pendakwaan dan kesalahan jenayah syariah serta matrimoni seluruh Malaysia.