Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MELAKA, 17-19 Mac : Alhamdulillah, JAKIM melalui Bahagian Keluarga Sosial & Komuniti bersama Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah berjaya melaksanakan Program Mukhayyam Komuniti Hijrah (Transgender) bertempat di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka pada 17 hingga 19 Mac yang lalu.

Seramai 32 orang peserta telah menyertai program kali ini. Mereka telah diberikan pengisian berkaitan "Tafsir Surah Al-Fatihah" oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM; ceramah bertajuk "Islah Diri Baiki Rohani" oleh Ustaz Hashemi Rafsanjani bin Kasim daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM); bimbingan fardhu ain berkenaan solat; kesedaran kesihatan berkenaan HIV oleh Dr. Mahanim binti Md Yusof daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, slot interaktif serta sesi jungle tracking dan water rafting bersama Exact Training Consultant yang diketuai oleh Tuan Fazli Abdul Manaf.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ustazah Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM dan ucapan aluan oleh Puan Raudhah binti Kursus@Othman, Ketua Unit Dakwah daripada Yayasan Taqwa MAIWP.
Alhamdulillah rata-rata peserta memberikan respon yang positif berkenaan program kali ini dan berharap diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga para peserta diberikan kekuatan agar terus istiqamah berusaha tanpa lelah untuk kembali kepada fitrah.

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 1

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 2

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 3

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 4

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 5

Mukhayyam Komuniti Hijrah Transgender 6