OBJEKTIF
Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak bertekad untuk menghasilkan :-
1.    Graduan berilmu, berakhlak mulia, berhikmah serta mampu menghadapi cabaran semasa.
2.    Graduan yang mempunyai kemahiran vokasional yang bersesuaian dengan kehendak semasa.
3.    Graduan yang berkebolehan menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah Wal Jamaah
 

VISI
IKMAS membentuk insan beriman yang memahami, merealisasi dan dapat menyebarluas semua aspek ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW



MISI
Menyediakan kemudahan pembelajaran bersepadu yang merangkumi ilmu fardu ain, fardu kifayah dan ilmu kemahiran untuk melahirkan graduan yang berketerampilan dan berwibawa

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji :

 

1

Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.

2

Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.

3

Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.

4

Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.

5

Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.

6

Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.

7

Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.

8

Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.

9

Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

 

Selamat Datang ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)

Kepada mereka yang baru sahaja membuka laman sesawang atau ‘website’ Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), saya Ingin mengucapkan tahniah kerana mengambil langkah bijak. Pengenalan ini adalah penting untuk menentukan masa depan anda dan anak-anak anda.

IKMAS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi yang melambangkan satu adunan padu antara ciri-ciri kerohanian dan akademik. Sebagai sebuah Institusi Islam, IKMAS memberi penekanan kepada pembentukan akhlak yang mulia, amanah, disiplin, pelaksanaan prinsip-prinsip Islam dan Integriti yang tinggi.

Sebagai sebuah institusi akademik, IKMAS memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik,kualitidan kebolehpasaranpelajar, program akademik berkualiti yang diiktiraf MQA, staf akademik yang kompeten dan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang elektif.

Bagi memastikan setiap pelajar mendapat keselesaan pembelajaran yang sewajarnya, IKMAS mengambil pendekatan “mesra pelajar’ dengan menjaga kebajikan dan keperluan mereka diperingkat awal kemasukan dan membimbing mereka sehingga tamat pengajian dan seterusnya mendapat kerjaya yang sesuai.

IKMAS juga membuka ruang dengan menawarkan program kemahiran vokasional yang diperlukan oleh industri hari ini dan masa hadapan selari dengan visi dan misi IKMAS. Dengan gabungan ilmu agama dan kemahiran vokasional ini, para lepasan IKMAS juga boleh menceburi bidang kerjaya yang sangat tinggi keperluan dan permintaannya pada masa kini dan hadapan.

Bagi pihak seluruh warga IKMAS termasuk ahli-ahli lembaga Pengarah, pihak pengurusan, staf akademik dan pentadbiran serta pelajar, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke IKMAS.

 
“BERILMU, BERIMAN,BERDAKWAH”
‘Bersama Menjulang Kecemerlangan”
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Peti Surat 2867, Telaga Air, Jalan Matang,
93050 Kuching, Sarawak.

Talian Telefon : 082-843477, 082-843475
Talian Faks: 082-843440


Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) ditubuhkan hasil keputusan pertemuan tidak rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-5 pada 3 dan 4 ogos 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada pertemuan tersebut mesyuarat Jemaah menteri pada 21 September 1994 telah bersetuju menubuhkan sebuah institusi yang diberi nama Pesantren ASEAN yang dipersetujui pembinaan di Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak di bawah pimpinan Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud telah berbesar hati menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk pembinaan kompleks tersebut.
Carta Organisasi SMHM Update 1 Nov 2022