VISI
Menjadikan Maqasid Syariah sebagai teras dan kerangka asas dalam tadbir urus negara yang inklusif dan progresif.
 
 
MISI
Memandu reformasi pentadbiran dan pembangunan negara berpaksikan prinsip sejagat Maqasid Syariah dalam penggubalan dasar dan perancangan strategik tadbir urus negara, agar rahmat dan keadilan Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
 
 
FUNGSI TERAS
  1. Menjadi pusat rujuk yang berautoriti dan memandu tadbir urus negara berteraskan Maqasid Syariah yang bermatlamatkan keadilan dan rahmat kepada rakyat dan negara;
  2. Membangunkan prinsip Maqasid Syariah sebagai framework yang inklusif dan progresif dalam penggubalan dasar/polisi tadbir urus negara; dan
  3. Menjadikan Maqasid Syariah sebagai Standard Of Practice dan diaplikasikan sebagai agenda reformasi berterusan dalam setiap aspek pentadbiran negara.
 
STRATEGI PELAKSANAAN
  1. Penjelasan Dan Pembudayaan
  2. Pembangunan Dan Pengaplikasian
  3. Penambahbaikan Dan Penilaian
 
 
PELAN PERANCANGAN 3 TAHUN
  1. Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap konsep dan aplikasi nilai-nilai dinamik Maqasid Syariah dalam aspek tadbir urus, pemikiran strategik serta pembangunan masyarakat dan negara.
  2. Melaksanakan kajian dan penilaian berkala bagi memastikan pendekatan Maqasid Syariah yang dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program mempunyai impak positif dan strategic outcomes kepada agama, rakyat dan negara selaras dengan falsafah Islam Rahmatan Lil Alamin.
  3. Membangunkan framework dan model tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah untuk diaplikasikan dalam sektor awam dan swasta.
  4. Menentukan halatuju strategik pelaksanaan program-program penjelasan dan pembudayaan Maqasid Syariah di peringkat kementerian/jabatan/agensi pusat dan negeri.
  5. Mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memperluaskan kefahaman tentang prinsip sejagat Maqasid Syariah kepada semua peringkat masyarakat Islam dan juga bukan Islam.
  6. Mengadakan engagement berterusan dengan semua kementerian/jabatan/agensi, Universiti Awam, para ulama, pemikir/cendikiawan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam memperkukuhkan agenda pelaksanaan Maqasid Syariah agar proses reformasi dan penambahbaikan dalam pentadbiran negara dapat dilaksanakan secara berterusan.
  7. Mengadakan engagement dengan institusi/badan antarabangsa bagi memperkenalkan model tadbir urus berteraskan Maqasid Syariah di peringkat serantau dan antarabangsa.
  8. Menyediakan bahan-bahan penerbitan bercetak dan ekses maklumat melalui IT mengenai Maqasid Syariah supaya masyarakat mudah mendapat maklumat sebagai rujukan dan penjelasan.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya.

Pembangunan sesebuah negara adalah dipacu berasaskan sistem nilai, amalan dan pemikiran. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah membangunkan Maqasid Syariah berfungsi sebagai teras dan kerangka asas dalam tadbir urus negara yang inklusif dan progresif.Aplikasi Maqasid Syariah menekankan kepentingan pemeliharaan agama, nyawa, akal,keturunan dan harta bagi mencapai kemaslahatan dalam kehidupan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah dalam Titah Baginda sempena istiadat pembukaan Parlimen penggal ketiga pada 18 Mei 2020 telah menggariskan agar pentadbiran negara dipacu oleh prinsip Maqasid Syariah.

Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui strategi 3P iaitu penjelasan,pembudayaan dan pengukuhan. Kaedah penjelasan dan pembudayaan dilaksanakan melalui jalinan strategik antara Jakim dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan menyebarkan kepada awam berkenaan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah yang menjadi tunjang pentadbiran negara.

Melalui strategi yang diwujudkan, pemahaman terhadap prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan dalam dasar-dasar tadbir urus negara.

Adalah diharapkan melalui perancangan serta pelaksanaan program-program Bahagian Maqasid Syariah dapat memberi input yang bermanfaat kepada masyarakat berkenaan konsep Maqasid Syariah dan pelaksanaannya dalam konteks tadbir urus negara.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Maqasid Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
FALSAFAH DAN MATLAMAT PENTADBIRAN KERAJAAN
 
Falsafah Pentadbiran Kerajaan adalah berdasarkan falsafah dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, visi yang telah dibawa oleh para pejuang negara, agenda reformasi berterusan dan idea-idea pembangunan yang progresif dan demokratik, sesuai dengan realiti zaman moden bagi mendepani cabaran-cabaran akan datang.

Matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syariah bagi memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.
 
 
 
Bahagian Maqasid Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 7, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 Putrajaya
Tel. : 03-88707000/ 88707720
Carta Organisasi IKMAS 010223