Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia serta rahmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Unit Integriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah ditubuhkan pada 27 Oktober 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 (semakan semula Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2022, Ceraian SP.1.2.1 - Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam). Ia bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. Unit ini diletakkan secara terus di bawah Ketua Pengarah JAKIM. Ia merupakan unit khas yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di JAKIM.

Penubuhan Unit Integriti Jakim juga adalah berdasarkan penarafan risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Model C (Jabatan yang berisiko rendah). Penarafan risiko ini dilakukan setiap tiga tahun atau mengikut keperluan.

Unit Integriti akan terus menumpukan usaha-usaha untuk memastikan dapat melaksanakan fungsi Unit Integriti dengan lebih efektif dan efisien dalam menangani permasalahan dan kelemahan tatakelola, integriti dan rasuah dalam organisasi.

JAKIM dalam proses mendapatkan pensijilan ABMS di mana JAKIM menekankan “Toleransi Sifar Terhadap Rasuah” dalam mana-mana perkhidmatan yang diberikan kepada pemegang taruh (stakeholders) dan orang awam.

Semoga kewujudan portal ini akan dapat membantu jabatan mempertingkatkan integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan JAKIM sebagai agensi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan hal ehwal Islam Malaysia dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi dengan budi pekerti yang mulia.”

Sekian, terima kasih.

MAZLINA BINTI JALANI

Ketua Unit
Unit Integriti, Jakim

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN DAKWAH Okt2017
 CARTA DAKWAH UPDATE 12 DISEMBER 2022


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan segala yang berkaitan dengan operasi jabatan seperti berikut :

  1. Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan fungsi-fungsi pembangunan insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;

  2. Memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif yang digariskan oleh bahagian-bahagian di bawah kawalan;

  3. Memastikan pengurusan kewangan bahagian-bahagian di bawah kawalan dilaksanakan dengan baik dan berkesan;

  4. Membantu Ketua Pengarah dalam pelaksanaan penyelarasan fungsi-fungsi pembangunan insan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;

  5. Mewakili kerajaan dalam forum-forum atau mesyuarat di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal Islam;

  6. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan di peringkat Sektor Operasi;

  7. Membantu Ketua Pengarah dalam perancangan Human Resource di JAKIM;

  8. Memantau pelaksanaan program Sektor Operasi.

Carta Organisasi BKP 090123