"Membangun dan memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia melalui kajian, penggubalan, penyelarasan dan khidmat nasihat"
Mewujudkan mekanisma penyelarasan undang-undang yang berkesan melalui forum-forum seperti Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil, Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju (KPNCR), Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam Malaysia (PKJ), Sidang Jemaah Menteri, Persidangan Majlis Raja-Raja, Post Kabinet, Majlis Dialog Undang-Undang dan Mesyuarat Gubalan Undang-Undang.
Menjalankan kajian bagi merangka pendekatan-pendekatan yang sesuai ke arah penyelesaian masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia.
Menyediakan model undang-undang Islam dengan kerjasama negeri-negeri ke arah mewujudkan undang-undang Islam yang dinamik dan seragam.
Memastikan khidmat nasihat undang-undang Sivil dan Syarak yang diberi adalah tepat, mengikut peruntukan undang-undang, Hukum Syarak, Perlembagaan Persekutuan, dan dasar negara.
Mewujudkan rangkaian kerjasama yang erat dengan agensi pentadbiran agama Islam di seluruh negara.
Memberi Khidmat Nasihat dan Pandangan Undang-Undang.
Membuat Kajian Mengenai Undang-Undang Islam.
Menyediakan Draf Model Undang-Undang Islam.
Menyelaraskan Undang-Undang Syarak dan Sivil.
Menyeragamkan Undang-Undang Islam Negeri-Negeri.
Menyemak Draf Perjanjian dan Memorandum Persefahaman.
memberi pandangan undang-undang yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Hukum Syarak, Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Persekutuan atau Negeri dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
memberi ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri yang dikemukakan oleh Kementerian atau Jabatan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
menyemak draf perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
menyemak draf undang-undang dan kaedah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan dokumen.
menyemak draf garis panduan, peraturan dan arahan tetap dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh penerimaan dokumen.
menjalankan kajian undang-undang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan arahan.
menyediakan draf model undang-undang Islam dan kaedah-kaedah dalam tempoh enam (6) bulan selepas diputuskan semua polisi dan dasar.