VISI
Menjadi Bahagian yang terunggul, bertaraf kelas pertama, berintegriti, akauntabiliti dan berhemah dalam pengurusan kewangan dan pembangunan serta menjadi "role model" kepada Bahagian/PTJ


MISI
  • Meningkatkan kualiti pengurusan kewangan dengan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang
  • Memantapkan pengurusan projek pembangunan melalui perancangan, penyelarasan, pelaksanaan yang cekap dan teratur


OBJEKTIF
Memastikan pengurusan kewangan dan pembangunan projek Jabatan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan berdasarkan prosedur, arahan dan peraturan yang berkuatkuasa


FUNGSI
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau peruntukan/perbelanjaan mengurus dan pembangunan
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau penyelenggaraan premis-premis Jabatan
  • Menyedia dan mengurus maklumat kewangan dan perakaunan
  • Mengurus semua perolehan Jabatan
  • Mengurus, menyelaras dan memantau kutipan hasil dan wang amanah
  • Mengurus dan menjawab teguran audit
  • Naziran pengurusan kewangan dan perakaunan PTJ/Bahagian dan agensi-agensi yang menerima peruntukan Jabatan
 

PIAGAM PELANGGAN
  • Memastikan pengagihan peruntukan belanja mengurus dan pembangunan dibuat mengikut peraturan dan prosedur dalam tempoh 7 hari ke 14 hari bekerja selepas Waran Asal diterima daripada JPM
  • Memproses permohonan pindah peruntukan belanja mengurus dan pembangunan untuk kelulusan Ketua Pengarah, Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari ke 14 hari bekerja dari permohonan lengkap diterima
  • Memproses semua tuntutan bayaran ke Pejabat Pembayar dalam tempoh 7 hari ke 14 hari dari permohonan yang lengkap diterima
  • Memproses permohonan kelulusan belanja di luar ibu pejabat untuk kelulusan Pegawai Pengawal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Memproses permohonan harta modal untuk kelulusan Pegawai Pengawal dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Memproses permohonan kelulusan perjalanan tugas rasmi ke luar negara untuk kelulusan Pegawai Pengawal dalam tempoh 5 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Memproses perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja secara Sebut Harga melalui sistem ePerolehan (meliputi iklan, lawatan tapak, penilaian Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga) dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
  • Memproses perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja secara Tender melalui sistem ePerolehan (meliputi iklan, lawatan tapak, Penilaian Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal dan penyediaan Kertas Taklimat Tender) untuk penilaian Lembaga Perolehan dalam tempoh 120 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap
  • Mengeluarkan waran perjalanan udara awam dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Mengeluarkan Pesanan Tempatan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap dterima
  • Menyediakan maklum balas terguran audit dalam tempoh yang dikehendaki
  • Memproses pendahuluan diri untuk kelulusan Ketua Pengarah dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima
  • Membekalkan maklumat-maklumat kemajuan projek pembangunan kepada JPM dalam tempoh yang dikehendaki
  • Menyediakan maklum balas isu-isu kewangan yang dikehendaki oleh "stakeholders" dalam tempoh yang dikehendaki
  • Menyediakan Laporan Penyesuaian Belanja Mengurus, Pembangunan, Hasil dan Akaun Amanah dalam tempoh 14 hari dari penerimaan flimsi
 
 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), Bahagian Kewangan bertanggungjawab memastikan semua perbelanjaan di JAKIM dilakukan secara efisien, teratur, berhemah dan berpegang kepada amalan-amalan yang terbaik serta patuh kepada tatacara kewangan, peraturan dan pekeliling semasa.

Saya juga menyarankan supaya pegawai dan kakitangan JAKIM lebih kreatif dan berinovatif dalam merencana serta melaksanakan program-program dengan menjalinkan kerjasama pintar bersama agensi-agensi lain dengan mempelbagaikan pendekatan yang penuh berhikmah bagi memastikan hasil/outcome program yang dijalankan tercapai dan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Sekian, Wassalam.

Pengarah
Bahagian Kewangan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Sektor Pengurusan

Bahagian Kewangan
Aras 9, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP)
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
Tel : 03- 8870 7000
Faks : 03-8870 7909
 
 
LATAR BELAKANG

Melalui penstrukturan semula JAKIM, berdasarkan kepada Waran Peruntukan Bil. A 102/2009 bertarikh Jun 2009, Cawangan Kewangan dan Cawangan Pembangunan yang dahulunya terletak di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, telah dinaik taraf sebagai sebuah Bahagian (Bahagian Kewangan) bagi mengurus dan melaksanakan tugas mengenai kewangan dan akaun Jabatan serta pengurusan projek pembangunan. Manakala di bahagian-bahagian lain dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) JAKIM, (PTJ– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM), Darul Quran, Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Bahagian Hab Halal,JAKIM Cawangan Sabah dan JAKIM Cawangan Sarawak) terdapat pegawai dan kakitangan yang dilantik bagi menguruskan perolehan, peruntukan dan perbelanjaan di peringkat Bahagian dan PTJ.

Ketua Pengarah JAKIM memainkan peranan dalam memantau dan menyelaras pengurusan kewangan dan akaun Jabatan. Bagi memantapkan lagi struktur pengurusan kewangan dan akaun, Pengarah Kanan (Pengurusan) diberi tugas dan tanggungjawab bagi membantu mengurus kewangan dan akaun Jabatan.
Carta Organisasi BPSM Dis 2017