Kuala Lumpur, 19 September - Majlis Perasmian Global Halal Summit (GHAS) 2025 telah disempurnakan dengan jayanya oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Utama Haji Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar serta dif jemputan yang lain.
Penganjuran GHAS 2025 menjadi platform utama menghimpunkan penggiat industri halal, badan pensijilan halal antarabangsa dan pelbagai pihak berkepentingan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekosistem halal.
Antara program flagship GHAS 2025 termasuklah Halal Certification Bodies Convention (HCBC), International Halal Technical Capacity Programme (IHTCP), Halal Business & Investment Forum (HBIF) serta Halal Innovation & Technology Expo (HITE) yang menjadi tumpuan para peserta dalam dan luar negara.
Sementara itu, turut diadakan sidang media khas GHAS yang diketuai oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, bersama lima agensi penganjur bersama, bagi menerangkan inisiatif, pencapaian serta hala tuju pelaksanaan GHAS dalam memperkukuh kerjasama halal di peringkat global.
Dengan penganjuran GHAS 2025, Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai hab halal antarabangsa, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, kemampanan, dan ketelusan, sekali gus memastikan ekosistem halal terus mekar di persada dunia.