kamariyahAssalamualaikum,

Dalam memastikan JAKIM selaku peneraju dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia dapat memperkukuhkan tadbir urus hal ehwal Islam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), JAKIM berazam melaksanakan tanggungjawab untuk merealisasikan pengurusan sumber manusia yang cekap, segera dan efektif.

Justeru, BPSM, JAKIM akan sentiasa responsif dalam memberikan perkhidmatan pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi dengan membudayakan konsep kesegeraan, ketelusan dan integriti.

BPSM, JAKIM juga akan senantiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan segala amanah yang diberi demi memastikan hasrat "JAKIM Untuk Ummah" dapat direalisasikan.

#BPSM Prihatin

Sekian.

EIZAN AZURA BINTI ZAINUDIN

Pengarah

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM

SEKTOR PENGURUSAN
 
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP)
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
Tel : 03- 8870 7000
Faks : 03-8870 7606
 
 
LATAR BELAKANG
 
Pada peringkat permulaan, bahagian ini dikenali sebagai Cawangan Sumber Manusia di bawah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jakim. Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Jakim, Cawangan Sumber Manusia dinaik taraf kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) mulai 1 Jun 2009.
 
BPSM diketuai oleh seorang Pengarah di gred PTD M54 dan terbahagi kepada dua (2) Cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Sumber Manusia dan Cawangan Pembangunan Sumber Manusia.
 
BPSM bertanggungjawab merancang sumber manusia dan pembangunan organisasi. Selain itu, BPSM juga mengurus dan mengendalikan hal ehwal perkhidmatan semua pegawai dan kakitangan Jakim dengan cekap dan efisien.
VISI
Peneraju Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia
 
 
MISI
Memperkukuhkan Tadbir Urus Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Rahmah Ke Arah Kesejahteraan Ummah
 
 
FUNGSI
  1. Membangun dan menyelaras program KAFA, sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  2. Membangun kurikulum KAFA, sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  3. Mengurus dan menyelaras penerbitan buku teks KAFA, sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  4. Menyelaras dan melaksana latihan pendidikan KAFA, sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  5. Menyelaras dan menggubal soalan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) serta pelaksanaannya.
  6. Mengurus agihan peruntukan elaun guru KAFA, bantuan selenggara dan naik taraf sekolah agama, pondok, tahfiz dan bantuan per kapita murid berdasarkan peruntukan yang diberikan.
 
OBJEKTIF
  • Memastikan tadbir urus Pendidikan Islam kompeten dan efisien.
  • Memartabat dan mengarusperdanakan Pendidikan Islam.
  • Melahirkan generasi khaira ummah yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
     
CARTA ORGANISASI PENDIDIKAN OKT 2021
 
CARTA FUNGSI BAHAGIAN PENDIDIKAN
 

CAWANGAN PENGURUSAN KAFA

UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL PENYELIA DAN GURU UNIT KURIKULUM DAN BUKU TEKS UNIT LATIHAN  SEKSYEN PENGURUSAN KAFA KELANTAN
  1. Merancang keperluan perjawatan guru KAFA seluruh Malaysia.
  2. Menyelaras dan menguruskan pelantikan, perkhidmatan, penyambungan dan penamatan kontrak penyelia KAFA seluruh Malaysia.
  3. Merancang pelan peningkatan perkhidmatan guru dan penyelia KAFA.
  4. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana KAFA Peringkat Persekutuan (JPKPP).
  5. Menyelaras dan menyediakan pelaporan tahunan pelaksanaan KAFA.
  6. Menyelaras hal ehwal pengurusan KAFA di seluruh Malaysia.
  1. Merancang, menyelaras dan menentukan keperluan kurikulum dan buku teks KAFA.
  2. Membangun dan menyelaras kurikulum KAFA.
  3. Merancang dan mengurus penerbitan dan kawalan mutu buku teks KAFA.
  4. Membangun dan menyelaras kurikulum dan buku teks KAFA Murid Berkeperluan Khas (MBK).
  5. Menyelaras pembangunan peraturan pelaksanaan KAFA Pratahfiz.
  6. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Sukatan Pelajaran dan Kurikulum LEPAI.
  7. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks LEPAI.
  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan guru KAFA.
  2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan penyelia KAFA.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan guru KAFA MBK.
  4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus kejurulatihan guru KAFA.
  5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan pentadbir KAFA.
  6. Menilai keberkesanan pelaksanaan latihan guru dan penyelia KAFA.
  7. Menyediakan laporan pelaksanaan latihan guru dan penyelia KAFA.
  8. Melaksanakan penataran kurikulum KAFA.
  9. Melaksanakan kursus penggunaan buku teks baharu.
  1. Menyelaras hal ehwal Penyelia KAFA.
  2. Menyelaras dan menguruskan pelantikan, perkhidmatan, penyambungan dan penamatan kontrak Guru KAFA.
  3. Menyelaras urusan kewangan dan pembayaran elaun Guru KAFA.
  4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan latihan keguruan KAFA.
  5. Merancang dan menyelaras pelaksanaan UPKK di peringkat negeri.
  6. Merancang dan menyelaras pemantauan KAFA.
  7. Menyelaras penggunaan kurikulum dan buku teks KAFA.
  8. Menyelaras pelaksanaan kokurikulum KAFA.
  9. Menyelaras kerjasama strategik hal ehwal pengurusan KAFA Kelantan dengan agensi pelaksana KAFA.
 

CAWANGAN PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA

UNIT HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA UNIT PEMBIAYAANDAN BANTUAN KEWANGAN UNIT KOKURIKULUM 
  1. Merancang, mengurus dan menyelaras hal ehwal sekolah agama, tahfiz dan pondok.
  2. Menyelaras pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).
  3. Merancang, mengurus dan menyelaras keperluan kurikulum dan buku teks sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan latihan keguruan sekolah agama, pondok dan tahfiz.
  5. Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
  6. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kajian keperluan berkaitan isu-isu pendidikan sekolah agama, tahfiz dan pondok.
  7. Menyelaras dan menyediakan laporan tahunan pelaksanaan pendidikan di sekolah agama, tahfiz dan pondok.
  8. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama dan KAFA (JKPPSAK).
  1. Mengurus peruntukan khas kerajaan persekutuan kepada institusi pendidikan Islam LEPAI.
  2. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal untuk menilai permohonan.
  3. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk kelulusan permohonan.
  4. Menyelaras maklumat kepada kementerian/jabatan lain bagi agihan peruntukan/ bantuan khas kepada institusi pendidikan Islam LEPAI.
  5. Mengurus penyediaan maklumat bagi agihan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi  Pendidikan Islam LEPAI.
  6. Melaksanakan penilaian dan verifikasi keperluan peruntukan.
  1. Merancang, mengurus dan melaksanakan  aktiviti kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama peringkat kebangsaan:
    • Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA).
    • Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM).
    • Majlis Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK).
    • Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama (MESMA).
  1. Mengurus dan menyelaras takwim  aktiviti kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama peringkat kebangsaan.
  2. Merancang, mengurus dan mengagihkan peruntukan untuk melaksanakan aktiviti  kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama peringkat kebangsaan.
  3. Membangun, mengemaskini dan melaksanakan garis panduan kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama peringkat kebangsaan.
  4. Menyediakan soalan dan tajuk untuk kegunaan MIISMAM dan IKK di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
  5. Melaksanakan pascanilai (post-mortem) dan laporan aktiviti kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama peringkat kebangsaan.
  6. Menyelaras pengiktirafan program kokurikulum KAFA dan Sekolah Agama dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.


CAWANGAN PENYELARASAN PENDIDIKAN

UNIT PENTAKSIRAN

UNIT PEPERIKSAAN

UNIT PENAZIRAN DAN PEMANTAUAN

UNIT PENYELARASAN DATA DAN MAKLUMAT

  1. Membangunkan dasar pentaksiran KAFA.
  2. Merancang dan membangunkan modul dan prosedur pentaksiran KAFA.
  3. Merancang, menyelaras  dan mengurus pentaksiran KAFA.
  4. Melaksanakan kursus pentaksiran KAFA.
  5. Memantau pelaksanaan pentaksiran KAFA.
  6. Menyediakan laporan pelaksanaan pentaksiran KAFA.
  7. Mengadakan kajian semula dan cadangan penambahbaikan pentaksiran KAFA.

 

  1. Merancang dan  menggubal soalan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
  2. Menyelaras dan memantau pengurusan UPKK.
  3. Menguruskan hal ehwal perolehan UPKK.
  4. Menyelaras dan memantau urusan  percetakan soalan UPKK.
  5. Merancang, menyelaras dan memantau operasi  UPKK.
  6. Mengurus dan menyelaras perakuan keputusan peperiksaan dan Majlis Pengumuman Keputusan UPKK.
  7. Mengurussetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan LEPAI.

 

Pemantauan KAFA

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pemantauan KAFA.
  2. Membangun dan mengemaskini garis panduan berkaitan pemantauan KAFA.
  3. Menyediakan pelaporan pemantauan KAFA.
  4. Menyemak dan menilai instrumen pemantauan KAFA.
  5. Menyelaras, mengurus dan melaksanakan penaziran agihan peruntukan elaun guru KAFA/perbelanjaan  kepada negeri-negeri.

Pemantauan Agihan Peruntukan Khas Kerajaan PersekutuanKepada Institusi Pendidikan Islam LEPAI

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pemantauan agihan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam LEPAI.
  2. Menyediakan pelaporan pemantauan agihan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam LEPAI.
  3. Menyemak dan menilai instrumen pemantauan agihan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam LEPAI.

 

  1. Mengurus, menyelaras dan mengemaskini Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI).
  2. Menyelaras dan melaksanakan latihan peningkatan pengurusan data dan maklumat pendidikan KAFA dan Sekolah Agama.
  3. Menyelaras laporan data Pendidikan Islam.
  4. Melaksanakan kutipan data Pendidikan Islam mengikut aspek-aspek yang diperlukan oleh agensi yang berkaitan.
  5. Mengurus, menyelaras dan mengemaskini E-Learning KAFA.
  6. Menyediakan maklumat dan data kepada agensi yang berkeperluan.
  7. Mengurus, menyelaras dan mengemaskini maklumat/berita Bahagian Pendidikan di laman sesawang JAKIM.

 



UNIT PENTADBIRAN

1.      Menyelaras pengurusan pentadbiran.

2.      Menyelaras pengurusan kewangan.

3.      Menyelaras penyediaan maklum balasmesyuarat utama jabatan dan laporan tahunan bahagian.

4.      Menyelaras penyediaan jawapan parlimen.

5.      Menyelaras dan memantau pelaporan Teras 3 Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAKIM 2019 – 2025.

6.      Mengurus mesyuarat pengurusan bahagian.

7.      Menyelaras pengurusan aduan awam.




DATIN NORLIAH BINTI SAJURi 2


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta seluruh umat Islam yang berjuang menegakkan syiar Islam.

Hari ini kita bersatu matlamat untuk memartabatkan pendidikan Islam sebagai asas membina Malaysia yang lebih sejahtera dan beradab, selaras dengan gagasan Malaysia MADANI yang mengangkat nilai keinsanan, ihsan, dan kesejahteraan untuk semua.

Pendidikan Islam: Teras Pembangunan Insan MADANI

Pendidikan Islam adalah nadi kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan sahsiah. Ia bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga menyemai nilai murni, adab, dan akhlak Islami.

Bahagian Pendidikan JAKIM terus memainkan peranan penting dalam membangunkan kurikulum dan berganding bahu bersama pihak berkuasa negeri-negeri, meneraju perlaksanaan pendidikan Islam yang komprehensif — dari peringkat KAFA hingga ke institusi pengajian tinggi, demi memastikan nilai-nilai Islam sentiasa hidup dalam jiwa anak-anak Malaysia.

Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) adalah antara benteng awal pendidikan agama yang memperkenalkan asas keimanan dan ibadah kepada generasi muda. Kita tidak hanya mendidik, tetapi membimbing mereka agar menjadi muslim berwibawa dan patriotik.

Demikian, usaha menggarap peranan semua peringkat pendidikan dilaksanakan bermula seawal pra sekolah, sekolah rendah agama, sekolah menengah agama, swasta dan kerajaan serta Insitusi Pengajian Islam yang lain sangat perlu diberi perhatian, pemerkasaan dan penyesuaian. Tidak ketinggalan, Institusi pondok dan tahfiz yang merupakan warisan tradisi ulama silam. Institusi ini bukan hanya melahirkan huffaz, tetapi juga ilmuwan dan pejuang agama. Maka, menjadi tanggungjawab JAKIM untuk menyokong usaha penarafan, pemantapan kualiti pengurusan, kepelbagaian dan penyelarasan kurikulum supaya institusi-institusi ini terus berdaya tahan dengan cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 agar sistem pendidikan Islam kekal relevan dan dinamik.

Dalam rangka membina Malaysia MADANI, pendidikan Islam harus menjadi pemangkin kepada perpaduan, toleransi, dan pembinaan masyarakat yang rahmah. Justeru itu, Bahagian Pendidikan JAKIM sangat positif dalam menggalakkan kerjasama strategik yang inklusif dan kolaboratif merentasi agensi bagi mencapai objektif tersebut.

Kita semua juga harus memberi perhatian kepada pembangunan digital, aspek keperluan kompetensi guru serta literasi teknologi serta peningkatan gerak kerja ko-kurikulum bagi memperkasa pelajar meneroka potensi diri, agar pendidikan Islam terus segar, bersifat masa depan dan menyantuni cabaran zaman.

Akhir kata, marilah kita terus memperkasa pendidikan Islam demi menyediakan generasi masa depan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing menghargai tradisi keilmuan dan kembali berbakti kepada agama dan negara sebagai pemimpin masa hadapan.

Dengan komitmen berterusan, insya-Allah, kita akan menyaksikan Islam terus mekar di bumi Malaysia, mewarnai sistem pendidikan dan memacu kesejahteraan ummah.

“JAKIM untuk Ummah — Islam Mekar di Bumi Malaysia”

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, wassalam.


DATIN NORLIAH BINTI SAJURI
Pengarah
Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia