VISI

Memupuk Kefahaman dan Kesedaran Masyarakat Mengenai Keluarga Sakinah Dalam Pembentukan Pembangunan Komuniti Sejahtera
 
 

MISI

Melahirkan Institusi Keluarga dan Komuniti Yang Berlandaskan Ajaran Islam
 
 

OBJEKTIF

Membentuk Individu, Keluarga dan Komuniti Yang Sejahtera Berlandaskan Ajaran Islam Melalui Institusi Keluarga
Memupuk Kesedaran Masyarakat Ke Arah Pembinaan Keluarga Sakinah
Menyelaras Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk Umat Islam Seluruh Malaysia
Melahirkan Komuniti yang Peka dan Prihatin Terhadap Isu-Isu Sosial dan Kekeluargaan
 
 

FUNGSI

Pembentukan Dasar Keluarga Dan Sosial Umat Islam di Malaysia
Pembangunan Institusi Keluarga Dan Sosial
Pembinaan Sahsiah Komuniti Terpinggir
Penyelarasan Urusan Nikah, Cerai Dan Rujuk
Pengumpulan Data / Maklumat Kekeluargaan , Sosial Dan Komuniti
Melatih Penceramah / Fasilitator Kekeluargaan Dan Sukarelawan Komuniti Islam
 
 

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan keputusan berkaitan pengurusan Nikah Cerai Rujuk Umat Islam Seluruh Malaysia dimaklumkan kepada JAIN dalam tempoh 21 hari bekerja selepas diputuskan.
  2. Memastikan pemantauan dan pematuhan terhadap program-program pembangunan keluarga dilaksanakan setiap 2 bulan sekali.
  3. Memastikan latihan kepada penceramah / fasilitator kekeluargaan , sosial dan komuniti dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan oleh JAKIM.
  4. Memastikan program rawatan / pemulihan terhadap komuniti disayangi dilaksanakan melalui pendekatan yang bersesuaian mengikut tarbiah Islam.
  5. Menjamin data / statistik berkaitan nikah, cerai, rujuk dan gejala sosial sentiasa terkini dan dapat diperolehi segera
  6. Memastikan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) berfungsi dengan baik bagi negeri yang mengaplikasikannya
Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Beryukur kepada Allah dengan keizinanNya jua, saya diberi kepercayaan dan kesempatan untuk menerajui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bermula pada April 2021.
 
Sejarah telah membuktikan bahawa pembinaan dan kelangsungan sesebuah tamadun adalah bermula dari institusi kekeluargaan. Institusi keluarga yang sejahtera melalui keluarga sakinah dan berpaksikan aqidah Islamiah mampu melahirkan sebuah masyarakat bertamadun dan sejahtera. Bagi mencapai matlamat tersebut, Bahagian ini ditaklifkan untuk menyelaras aktiviti dan program berkenaan kekeluargaan, sosial dan komuniti umat Islam. Selain itu, Bahagian ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras berkaitan pengurusan nikah, cerai, rujuk umat Islam Seluruh Malaysia serta kunci penyelesaian untuk menangani permasalahan isu-isu wanita islam turut menjadi agenda utama Bahagian ini.
 
Bagi mencapai objektif tersebut, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti telah menjalin kerjasama strategik terutama dengan agensi agama Islam negeri serta agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). bukan sekadar itu sahaja, jalinan utuh dalam bentuk perkongsian strategik turut diadakan dengan badan bukan kerajaan seperti Majlis Aids Malaysia (MAM), PEMADAM dan lain-lain lagi.
 
Melalui perancangan yang disusun rapi berdasarkan kepada matlamat dan objektif Bahagian ini, adalah amat diharapkan agar isu–isu kekeluargaan, sosial dan komuniti di kalangan umat Islam dapat ditangani dengan sebaiknya serta mendapat keberkatan dari Allah Taala.
 
Sekian, wassalam.
 
 
MOHD NORIZAN BIN ABD GHANI
Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial & Komuniti
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
LATAR BELAKANG

Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti diwujudkan hasil gabungan Cawangan Pembangunan keluarga, Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti yang telah diluluskan perjawatannya melalui penstrukturan semula JAKIM melalui Waran Perjawatan Bil. A 102 tahun 2009. Penggunaan nama Bahagian KSK mula berkuatkuasa pada Disember 2010.

Dahulunya Cawangan Pembangunan keluarga dan Cawangan Pembangunan Sosial berada di bawah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA). Bahagian KESUMA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1999. Penwujudan KESUMA berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 26 Februari 1998. Mesyuarat ini memutuskan bahawa satu jawatankuasa khusus yang berperanan menangani gejala sosial yang melanda umat Islam dan ditubuhkan dengan nama Pasukan Petugas Khas Agama Bagi Menangani Gejala Sosial. Ekoran dari itu, Bahagian KESUMA diwujudkan bagi mengendalikan pelaksanaan program menangani gejala sosial di peringkat jabatan.

Kesinambungan peranan ini diteruskan dengan memberi peranan kepada Bahagian KSK untuk menangani gejala sosial umat Islam dan juga meneruskan agenda menyelaras pengurusan Nikah, Cerai Dan Rujuk serta isu kekeluargaan di negara ini.

VISI

Berperanan sebagai salah sebuah bahagian di JAKIM yang menguruskan hal ehwal dakwah bagi melahirkan ummah sejahtera berteraskan ajaran Islam.
 
 

MISI

Menguruskan sistem pengurusan berdakwah dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Islam di Malaysia

 
 

OBJEKTIF

Untuk menyebarkan dan memantapkan ajaran Islam kefahaman masyarakat Islam dari segi aqidah, Syariah dan akhlak.
  1. Merancang, mengurus dan menyelaras program dakwah dilapangan bersama agensi dan jabatan agama negeri.
  2. Penngurusan Bahagian Dakwah tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan dasar dakwah negara yang diletakkan
    di bawah bahagian lain di JAKIM. ( Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI)


FUNGSI

Merancang, menyelaras dan memantau program dakwah di Malaysia.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Mengadakan kursus, seminar, muzakarah, taklimat dan bengkel untuk memberi kefahaman dan memantapkan penghayatan Islam kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta, IPTA/IPTS, belia/remaja masyarakat umum sebanyak 2 kali sebulan setiap kumpulan sasar.
  • Mengadakan kursus, seminar dan bengkel untuk memberi kefahaman dan memantapkan penghayatan Islam kepada Saudara Baru sebanyak 17 kali setahun dan Masyarakat Orang Asli sebanyak 37 kali setahun.
  • Memenuhi ceramah jemputan dan kelas pengajian Penerapan Nilai-Nilai Islam kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh permohonan diterima.
  • Menyelesaikan kemusykilan agama melalui internet dan telefon setiap hari dan menjawab surat-menyurat dalam tempoh 3 hari.
  • Memastikan Program Ziarah dan Pengenalan Islam kepada Masyarakat Orang Asli dan lain-lain bangsa sebanyak 12 kali di 12 buah kampung serta mengadakan program pemantapan dan susulan kepada masyarakat orang asli.
  • Mengadakan lawatan Dakwah Bil Hal bagi memupuk persaudaraan di kalangan Orang Kurang Upaya, Warga Tua, Pesakit Hospital dan Anak Yatim sebanyak 20 kali setahun.
  • Memastikan semua pembayaran bil dan tuntutan dibuat dalam tempoh 14 hari dan mana-mana pembekal yang tidak menerima bayaran dalam tempoh tersebut boleh membuat laporan terus kepada Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara melalui e-mel.