2018
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
 April - Jun 2018
adobe reader
adobe reader
 
2017
adobe reader
adobe reader
adobe reader
adobe reader
 
2016
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Oktober - Disember 2016) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Julai - September 2016) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (April - Jun 2016) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Januari - Mac 2016) adobe reader
 
2015
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Oktober - Disember 2015) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Julai - September 2015) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (April - Jun 2015) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jan - Mac 2015) adobe reader
 
2014
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Oktober - Disember 2014) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Julai - September 2014) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (April - Jun 2014) adobe reader
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Januari - Mac 2014) adobe reader
 
2013
 Prestasi Piagam Pelanggan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Januari - Disember 2013) adobe reader
 
 
**Pengemaskinian Prestasi Piagam Pelanggan akan di buat dalam tempoh setiap 3/6 bulan
 
 
PIAGAM PELANGGAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
Jabatan ini berjanji akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ”agensi pusat” yang unggul dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam pengurusan hal ehwal Islam. Ia dilaksanakan melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam bidang dakwah dan pembangunan insan, penyelidikan dan pembangunan, perundangan Islam, akidah dan aliran pemikiran, pengurusan halal, pengurusan siasah syariah, kewangan dan ekonomi serta tarbiyyah dan tadribiyyah Islamiah dengan menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut:
 
  1. Menyediakan draf undang-undang syariah dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan selepas semua dasar diputuskan.

  2. Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak, muamalat, al-Quran dan al-Hadis dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan (6) hingga selewat-lewatnya 12 bulan selepas arahan diterima bagi mendapatkan pandangan hukum dan menyelesaikan masalah masyarakat.

  3. Memberi maklumbalas terhadap jemputan penceramah, pembentangan kertas kerja, forum, khidmat pakar perundingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima.

  4. Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam seminggu sekali di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

  5. Menyelesaikan proses permohonan pensijilan halal Malaysia bagi permohonan domestik dalam tempoh 30 hari berkerja selepas pembayaran fi pensijilan diterima.

  6. Memberi maklumbalas kepada pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan cepat,dan tepat dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi akuan penerimaan dan tiga (3) hari bekerja bagi pertanyaan dan aduan.

  7. Memastikan semua aduan yang bermaklumat lengkap diurustadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

  8. Memastikan urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan utama memenuhi kehendak pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.

  9. Memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun.

PENUBUHAN JAKIM PENUH BERPERLEMBAGAAN
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menelusuri sejarah yang panjang. Penubuhannya semenjak dari peringkat awal adalah menepati semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Bersesuaian dengan kedudukan ini, ianya mesti dijaga dan dipertahankan seperti yang termaktub dalam sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:
 
“37.(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah sebelum menjalankan fungsinya mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Keempat di hadapan Majlis Raja-Raja dan dengan kehadiran Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (atau semasa ketiadaannya dengan kehadiran hakim Mahkamah Persekutuan yang kanan selepasnya yang ada); dan sumpah itu hendaklah diakusaksikan oleh dua orang yang dilantik bagi maksud itu oleh Majlis Raja-Raja”.
 
2. Bermula sebagai sebuah unit kecil iaitu Unit Ugama Jabatan Perdana Menteri, fungsinya menepati salah satu tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam melaksanakan urus tadbir Islam negara ini, mengikut Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
 
“Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang diPertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; dan penimbangtelitian itu adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka.
 
3. Penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968, di mana YAB Perdana Menteri diberi bertanggungjawab sebagai Pengerusi, manakala Unit Ugama JPM berfungsi sebagai urus setianya. Pertanggungjawaban ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa eksekutif Persekutuan yang dijelaskan dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
 
“Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.”
 
4. Kewujudan MKI adalah penting kerana ia bukan sahaja telah menjalankan tugas-tugas penyelarasan, malah menjadi forum tertinggi bagi membincang dan menasihati Majlis Raja-raja berkaitan isu-isu mengenai urusan agama di negara ini. Justeru, pada tahun 1974 urus setia ini telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian iaitu Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri. Dengan tugas dan tanggungjawab semakin besar dan mencabar, cawangan-cawangan baru telah ditubuhkan bagi memastikan bah agian ini dalam melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan.
 
5. Pada tahun 1984 suatu inisiatif telah diambil untuk menyusun semua struktur organisasi Bahagian Ugama JPM dan Bahagian Hal Ehwal Islam(BAHEIS) diwujudkan sesuai dengan tanggungjawabnya yang lebih besar. Fungsi BAHEIS adalah untuk melaksanakan program di bawah JPM di samping meneruskan tugas sebagai urus setia MKI.
 
6. Selaras dengan transformasi tadbir urus negara yang kian berkembang pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaik taraf kepada sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Fungsi utama Jakim adalah sebagai badan perancang dan penyelaras hal ehwal Islam di peringkat kebangsaan meliputi aspek penyeragaman undang-undang dan pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam, hukum syarak, pendidikan Islam seluruh negara, serta memastikan dasar dan perancangan pembangunan negara berkaitan agama berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aspek mempertingkat dan memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta kesucian agama juga menjadi tanggungjawab Jakim. Jakim juga berfungsi sebagai penyelaras bagi menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keislaman yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan bagi memastikan tidak berlaku pertentangan di antara kepentingan negara dengan kepentingan Islam. Jakim juga diberi mandat untuk menyelaras perancangan aktiviti bagi membantu pihak berkuasa agama negeri dalam memperkemaskan bidang dakwah Islamiah dan pembangunan keilmuan Islam. Di peringkat antarabangsa, Jakim berfungsi bagi membantu untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dengan negara luar dan badan-badan antarabangsa demi memartabatkan syiar Islam. Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa:
 
“Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu”.
 
7. Kesimpulannya, penubuhan Jakim adalah menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A), dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan yang memanifestasikan bahawa pihak Kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menubuhkan, mengurus dan memberikan dana kepada mana-mana institusi berkaitan Islam. Peruntukan mengenai Islam sebagai agama negara dalam Perlembagaan Persekutuan semestinya memberi manfaat kepada umat Islam dan kelebihan kepada agama islam sebagai agama Persekutuan di mana Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negara dan para Sultan menjadi Ketua Agama di negeri-negeri. Justeru, terbukti dan jelas bahawa penubuhan Jakim adalah penuh berperlembagaan.
Sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan serta urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Maka JAKIM melaksanakan tiga fungsi utama berikut :
 

Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak

Fungsi 2 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam

Fungsi 3 : Penyelarasan Pentadbiran Islam

 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: 

  1. Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;

  2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam

  3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;

  4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;

  5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;

  6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;

  7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan

  8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

*** Sila klik pada carta untuk paparan lebih besar

CARTA ORGANISASI JAKIM