JAKIM sebagai Model Penginstitusian Integriti Terbaik dalam Perkhidmatan Awam
MISI
Membudayakan Integriti dan Tadbir Urus yang Baik untuk Menjadikan JAKIM sebagai Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
OBJEKTIF
Memantapkan urusan berkaitan integriti dan tadbir urus di peringkat jabatan;
Memastikan elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dalam organisasi dapat dikuatkuasakan secara efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum; dan,
Membangunkan warga JAKIM yang berintegriti, berhikmah dan professional.
FUNGSI UNIT INTEGRITI
Penubuhan unit ini merupakan usaha kawalan dalaman jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit Integriti JAKIM bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) daripada (6) fungsi teras seperti berikut :
1. Tadbir urus
Memastikan tadbir urus terbaik dan efektif dilaksanakan di JAKIM
Melaksanakan Corruption Risk Management (CRM)
Membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi JAKIM (OACP)
Mendapatkan Pensijilan MS ISO 37001:2016 - Anti Bribery Management System (ABMS)
Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat, JAKIM
2. Pengukuhan integriti
Melaksanakan dan menyelaras Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) di peringkat JAKIM.
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
Mengenalpasti problematic areas dan membentuk inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah dalam jabatan
Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman atau luaran yang diperolehi dan membuat analisa dapatan berkaitan jenis kesalahan, sektor problematic areas, kekerapan kesalahan, trends dan sebagainya.
Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan kesedaran (awareness) dan pendidikan.
3. Pengesanan dan pengesahan salah laku jenayah
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia Lembaga Tatatertib bagi tindakan susulan
Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salahlaku tatatertib
Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab
4. Pengurusan aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salahlaku jenayah (disalurkan kepada agensi penguatkuasaan) serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
Menyalurkan setiap aduan yang telah disemak kepada agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang mana berkaitan.
5. Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa
Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala terhadap pematuhan undang-undang, peraturan dan prosedur kerja.
Melaksanakan kajian hasil dapatan pematuhan berkaitan keberkesanan pelaksanaan dan ketidakpatuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan bagi tindakan susulan
6. Tatatertib – Fungsi keenam ini dilaksanakan oleh Cawangan Pembangunan Organisasi, Seksyen Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM.
ADUAN INTEGRITI
Mana-mana pihak yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan berkaitan dengan tatakelakuan dan etika organisasi atau sebarang kesalahan di sisi undang-undang, boleh melaporkan perkara tersebut melalui saluran aduan integriti.
Unit Integriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada 27 Oktober 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2013 yang memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai `focal point` kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. Unit ini diletakkan secara terus di bawah Ketua Pengarah Jakim. Ia merupakan unit khas yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di Jakim.
Penubuhan Unit Integriti Jakim adalah berdasarkan penarafan risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Model C (Jabatan yang berisiko rendah). Penarafan risiko ini dilakukan setiap tiga tahun atau mengikut keperluan.