Assalamualaikum wbth

Alhamudillah segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepadaNya atas kesempatan yang diberikan untuk kami menyiapkan laman sesawang bahagian ini bertujuan untuk melembarkan sayap dakwah melalui tinta penulisan Islam.

Bahagian Penerbitan merupakan bahagian yang penting dalam menerbitkan bahan cetakan berunsur Islam. Bukan sekadar menerbitkan tafsir Al-Quran, malah bahan bacaan berbentuk majalah,buku dan risalah yang sesuai bagi semua peringkat umur menjadi satu penanda aras dalam memastikan dakwah Islamiah sampai kepada seluruh masyarakat di Malaysia.

Semoga dengan maklumat dan penerangan yang telah dipaparkan berkenaan dengan bahagian ini, dapat memberi manfaat kepada semua. Kami warga Bahagian Penerbitan amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan penambahbaikan yang membina dalam memartabatkan dakwah melalui media cetak demi pemantapan khaira ummah di Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

PENERBITAN JAKIM MEMBANGUN PEMIKIRAN UMMAH


Pengarah
Bahagian Penerbitan
Di tubuhkan pada tahun 1974, berperanan sebagai Unit Dokumentasi di bawah Cawangan Pusat Penyelidikan Islam (PPI).
Pada tahun 1986 dikenali sebagai Cawangan Penerbitan, Bahagian Hal Ehwal Islam di bawah Cawangan Pentadbiran dan Penyelarasan.

Pada tahun 1997 di kenali sebagai Bahagian Penerbitan selaras dengan perubahan fungsi dan nama BAHEIS kepada JAKIM.

Sehingga kini Bahagian Penerbitan beroperasi di bawah Sektor Pembangunan Insan berpusat di Kompleks Islam Putrajaya bermula November 2016.Pada masa kini juga bahagian ini terdiri daripada :
  1. Cawangan Penerbitan Tetap
    1.1. Unit Penerbitan Buku Teras
    1.2. Unit Penerbitan Tetap Majalah
    1.3. Unit Pengurusan
  2. Cawangan Dokumentasi & Promosi
    2.1. Perpustakaan Pegawai & Kakitangan Jakim (PPKJ)
    2.2. Perpustakaan Awam Islam (PAI)
    2.3. Unit Edaran & promosi
Carta Organisasi BKHL 040123
VISI
Menjadi sebuah urusetia yang unggul


MISI
Memberikan perkhidmatan keurusetiaan dan hubungan luar yang berkualiti melalui pengurusan yang cekap dan penggunaan teknologi terkini


OBJEKTIF
1. Memastikan Perkhidmatan Keurusetiaan yang disediakan mengikut jadual dan standard yang ditetapkan;
2. Memastikan Syiar Islam tersebar luas dan dihayati melalui sambutan hari-hari kebesaran Islam; dan
3. Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam hal ehwal Islam.
FUNGSI

Seksyen Keurussetiaan 1
  1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK).
  2. Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab keurusetiaan Sambutan dan Protokol bagi Majlis-majlis Rasmi anjuran kementerian/jabatan luar.
  3. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan.
  4. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Pertabalan/Keputeraan SPBYDPA.
  5. Menyelaras SKS, KPI dan Piagam Pelanggan Bahagian.

Seksyen Keurussetiaan 2
  1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
  2. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan pelaksanaan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia (EXCO).
  3. Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab keurusetiaan Sambutan dan Protokol bagi Majlis-majlis Rasmi.

Seksyen Luar Negara

  1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA)
  2. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Mesyuarat SOM & MABIMS serta Bidang Kerjasama.
  3. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  4. Menyelaras, memproses penyertaan dan penghantaran hakim/peserta/pegawai ke pertandingan al-Quran peringkat antarabangsa di luar negara.
Seksyen Hubungan Antara Agensi
  1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
  2. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (PKJ).
  3. Menyelaras dan memproses surat sokongan permohonan Pas Lawatan Ikhtisas pelajar dan tenaga pengajar luar negara.
 
 
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab dengan memberi perkhidmatan berkualiti melalui penyediaan perkhidmatan seperti berikut :
  1. Memastikan permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada permohonan diterima;
  2. Memastikan pelaksanaan program ‘Senior Official Meeting’ (SOM)/MABIMS disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menghadiri persidangan/kembali dari menghadiri persidangan;
  3. Menyelesaikan semua urusan pelanggan di kaunter Pas Lawatan Ikhtisas tempoh tiga puluh (30) minit.