Bahagian Pengurusan Maklumat merupakan bahagian yang memberikan perkhidmatan sokongan khususnya kemudahan ICT kepada semua bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke arah mencapai visi Jakim iaitu Peneraju Dalam Membina Ketamadunan Ummah Yang Unggul.
Bersesuaian dengan peranan Jakim yang semakin bertambah seiring dengan peredaran masa dan keperluan umat Islam seluruhnya, Bahagian ini sentiasa memastikan prasarana ICT yang dibangunkan akan menyokong dan membantu Jakim mencapai objektif sebagai agensi rujukan utama berkaitan hal ehwal Islam yang berwibawa bukan sahaja di Negara ini malah di peringkat antarabangsa.
Peranan ICT memang tidak dapat dinafikan merupakan wasilah yang penting bagi memudahkan setiap individu Islam untuk berdakwah dan meningkatkan syiar Islam. Kesyumulan Islam itu menggalakkan kita menghayati ajarannya dengan ikhlas dan mengamalkannya dengan penuh kesungguhan.
Tekonologi ICT khususnya Internet menyediakan ummah suatu platform yang canggih tanpa batasan untuk kita memperjuangkan Islam serta memanfaatkan kurniaan Allah kepada semua makhluknya. Kita sebagai khalifah perlu menguasai dan menggunakannya semaksimum mungkin untuk beribadah kepadaNya.
Sekian, Wassalam
Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya No Tel : 03-8870 7000 No. Faks : 03-8870 7202
LATAR BELAKANG
Pada peringkat permulaan, bahagian ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat Islam (SISMI) yang diletakkan di bawah Cawangan Penyelidikan Islam. Selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai menggantikan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam (BAHEIS). Bahagian ini juga tidak terkecuali yang bertukar namanya kepada Bahagian Informasi Islam.
Untuk membolehkan ia bergerak dengan lancar dan efektif, Jakim membahagikan operasinya kepada beberapa bahagian yang masing-masing beroperasi dengan berteraskan kepada objektif serta fungsi yang nyata. Setelah berpindah ke Putrajaya, Bahagian Informasi Islam sekali lagi ditukarkan kepada nama yang lebih tepat iaitu Bahagian Perkhidmatan ICT (BPICT).
Walau bagaimanapun, Jakim mengalami proses perkembangan lagi bersesuaian dengan peranan dan fungsi Jakim yang semakin bertambah. Melalui penstrukturan baru Jakim, BPICT telah berubah nama buat ke sekian kalinya kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).
Bahagian Pengurusan Maklumat telah dipertanggungjawabkan membangunkan aplikasi dan prasarana ICT yang bersesuaian selaras dengan visi dan misi JAKIM serta memenuhi keperluan pengguna yang merentasi sempadan masa dan bangsa. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah menyediakan pelbagai aplikasi, produk perkhidmatan, penyelenggaraan, penyediaan prasarana ICT dan rangkaian komputer.
Kini Bahagian Pengurusan Maklumat ini, telah mempunyai 4 Cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Operasi Teknikal, Cawangan Pembangunan dan Pengurusan Aplikasi, Cawangan Pengurusan Strategik ICT dan Cawangan Pengurusan Informasi Islam.
Sehingga kini bahagian ini telah membangunkan pelbagai aplikasi samada yang dibangunkan dengan kerjasama tenaga pakar pihak luar seperti MAMPU atau pun yang dibangunkan sendiri oleh bahagian ini yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan stake holders atau orang awam.
VISI Meningkatkan kefahaman Islam menerusi media elektronik bagi melahirkan masyarakat yang bermaklumat, progresif dan berakhlak mulia berteraskan tiga pendekatan iaitu Rahmatan lil alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.
MISI Menyampaikan maklumat agama kepada rakyat dengan tepat ke arah penghayatan Islam yang menyeluruh.
OBJEKTIF Menyiarkan rancangan agama radio dan televisyen bagi membangun keperibadian ummah berteraskan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
FUNGSI
1. Penerbitan Rancangan Agama TV
Aktiviti : i) Penerbitan luar studio ii) Penerbitan dalam studio iii) Penerbitan siaran langsung iv) Liputan untuk berita tv
2. Penerbitan Rancangan Agama Radio Aktiviti : i) Penerbitan luar studio ii) Penerbitan dalam studio iii) Penerbitan siaran langsung iv) Siaran radio Salam FM bersiaran di konti Asyik FM menerusi frekuensi 91.1 pada setiap hari bermula dari jam 11.00 malam hingga 8.00 pagi
3. Penerbitan “Live Streaming” Rancangan Agama TV dan Radio
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk:
Menyediakan pelbagai jenis rancangan bercorak agama dan liputan berita untuk siaran radio dan televisyen setiap hari secara berjadual dan tepat pada waktunya.
Bertindak dengan segera terhadap sebarang komen atau kritikan berkaitan dengan mutu dan isi kandungan rancangan.