Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji hanya bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya.
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) memainkan peranan yang penting dalam membina ketamadunan sesebuah negara dan organisasi. Menyedari hakikat ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah membangun dan menggerakkan fungsi penyelidikan berasaskan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, merentas pelbagai bidang dan disiplin ilmu, iaitu akidah dan pemikiran, syariah dan fiqh kontemporari, al-Quran dan al-Hadith, muamalat, falak dan media. Hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan ini, diharap dapat menjadi panduan dan rujukan kepada seluruh masyarakat serta menjadi input penting kepada kerajaan dalam membangunkan dasar dan garis panduan bagi memartabatkan syiar Islam dan mencapai kemaslahatan dalam kehidupan dan pembangunan negara.
Adalah diharapkan melalui perancangan serta penyelidikan yang strategik, khazanah ilmu-ilmu Islam dapat dibugar dan disuburkan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan dan membangunkan inisiatif-inisiatif baharu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.
Sekian, terima kasih.
Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 4 & 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
LATAR BELAKANG
Bahagian Penyelidikan telah ditubuhkan pada bulan Mac 1971 dengan nama Pusat Penyelidikan Islam (PPI). Ia ditempatkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Idea penubuhannya berdasarkan keputusan Persidangan Islam se Malaysia yang diadakan di Dewan Tuanku Abdul Rahman pada 4-7 Mac 1969.
Sejak tertubuhnya PPI, pelbagai kajian telah dilakukan merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak. Pada awal penubuhannya, aktiviti PPI beroperasi di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Pada masa tersebut, PPI hanya mempunyai seorang pegawai bantuan daripada Universiti al-Azhar, iaitu Dr. Rauf Shalaby. Beliau ditugaskan untuk merancang dan menyusun kerja-kerja penyelidikan PPI. Sebaik sahaja tempoh perkhidmatannya tamat pada tahun 1974, PPI telah diterajui oleh Tuan Haji Mahsin bin Haji Mansor dan dibantu oleh beberapa orang pegawai.
PPI terus berkembang dari setahun ke setahun, dan kemudian berpindah ke Blok K26, Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Dari segi struktur organisasi, PPI merupakan salah satu cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya menjadi satu bahagian di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) pada tahun 1984.
Pada tahun 1985, PPI telah ditempatkan di Kompleks Pusat Islam Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaiktaraf menjadi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan selaras dengan pembesaran tersebut, PPI telah dinaik taraf di JAKIM dan dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan. Menyedari tentang kepentingan penyelidikan dan pembangunan (r&d) di dalam sesebuah organisasi, fungsi penyelidikan semakin diperluaskan dalam bidang Akidah, Syariah, Falak Dan Muamalat & Sosio Ekonomi. Melalui waran perjawatan pada Jun 2009 bahagian ini kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Walaubagaimanapun pada Disember 2018, JAKIM telah melakukan redeployment secara besar-besaran dalaman bagi menyelaras fungsi setiap bahagian. Maka nama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dikembalikan kepada nama yang asal iaitu Bahagian Penyelidikan bagi menjalankan fungsi-fungsi penyelidikan sahaja merangkumi empat cawangan, satu unit dan 3 seksyen :
“Memperkukuhkan Tadbir Urus Pengurusan dan Penyelarasan Dasar Hal Ehwal Islam ke Arah Kemaslahatan Ummah”
OBJEKTIF
Memastikan penggubalan dan pelaksanaan dasar hal ehwal Islam berteraskan maqasid syariah dan selaras dengan dasar negara.
FUNGSI
Menjadi Urus setia Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI);
Menjadi Urus setia Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK);
Menjadi Urus setia Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah YDPA;
Menjadi Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI);
Menjadi Urus setia Jawatankuasa Induk DPTN,Pelaksanaan DPTN dan Akreditasi Tahfiz Negara;
Merangka dan Menyelaras Pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM;
Menjadi Urus setia Mesyuarat Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAKIM;
Mengurus dan menyelaras Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM;
Mengurus dan menyelaras Program Kemajuan Islam Bajet Berasaskan Outcome (OBB);
Mengurus dan menyelaras program pemerkasaan pegawai-pegawai kader JAKIM;
Mengurus dan menyelaras soalan dan draf jawapan serta hal ehwal Parlimen;
Mengurus dan menyelaras maklum balas isu-isu antarabangsa hal ehwal Islam;
Mengurus dan menyelaras maklum balas isu-isu hak asasi manusia;
Mengurus dan menyelaras program dan hala tuju Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) JAKIM;
Mengurus dan menyelaras berkaitan pengiktirafan dan akreditasi;
Mengurus dan menyelaras perkara-perkara berkaitan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH);
Mengurus dan menyelaras maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri;
Mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan kertas/nota makluman Mesyuarat Jemaah Menteri;
Mengurus dan menyelaras pelaksanaan dan laporan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI);
Mengurus dan menyelaras data-data hal ehwal Islam;
Mengurus dan menyelaras dokumentasi dasar-dasar hal ehwal Islam; dan
Mengurus dan menyelaras dasar-dasar baru hal ehwal Islam.
PIAGAM PELANGGAN
Mengemukakan Memorandum/Nota Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan dalam tempoh tiga (3) hari selepas mendapat kelulusan YB Menteri di JPM (Agama).
Menawarkan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) kepada pemohon yang berjaya dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat.
Menyediakan Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JAKIM setiap bulan bagi tujuan pembentangan dalam Mesyuarat Pengurusan JAKIM.
Menyediakan Laporan Pencapaian Pelaksanaan Program Kemajuan Islam OBB setiap suku tahun.
Peratus pengurusan aduan yang bermaklumat lengkap urus tadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.