Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Segala puji dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam diucapkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
 
Bahagian Khidmat Pengurusan yang bertanggungjawab menyedia dan melaksanakan perkhidmatan sokongan yang merangkumi aspek pengurusan pejabat, keselamatan, pengangkutan dan komunikasi korporat sentiasa berusaha untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan sentiasa memenuhi permintaan stakeholders dan juga keseluruhan warga Jabatan.
 
Kajian Kepuasan Pelanggan akan dilaksanakan pada setiap tahun bagi menilai mutu perkhidmatan yang disediakan dan juga bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Warga Bahagian Khidmat Pengurusan juga sentiasa diterapkan budaya bekerjasama dan mesra dalam melaksanakan perkhidmatan seharian.
 
Semoga perkhidmatan sokongan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dapat membantu Jabatan menjadi sebuah organisasi yang terbaik selari dengan Visinya iaitu “Peneraju Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia Menjelang 2020”.
 
Sekian, salam hormat.
 
 
MOHAMMAD KHALIL BIN IBRAHIM
Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan
SEKTOR PENGURUSAN

Bahagian Khidmat Pengurusan
Aras 7, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya (KIP)
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
Tel : 03- 8870 7000
Faks : 03-8870 7606


LATAR BELAKANG

Pada 1 Jun 2009, selaras dengan penstrukturan semula Jabatan, Cawangan Pentadbiran Am, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah dinaik taraf menjadi sebuah bahagian yang baharu dan dijenamakan sebagai Bahagian Khidmat Pengurusan.

Bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran Bahagian Khidmat Pengurusan, terdapat tiga seksyen ditubuhkan iaitu Seksyen Pengurusan Am, Seksyen Pengurusan Aset Kerajaan dan Seksyen Komunikasi Korporat.

Antara fungsi utama Bahagian Khidmat Pengurusan adalah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada keseluruhan Jabatan yang merangkumi aspek pengurusan pejabat, keselamatan, pengangkutan dan komunikasi korporat.
Carta Organisasi BPM September 2023
 
VISI
ICT pemacu transformasi pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam ke arah globalisasi


MISI
  1. Memperkasakan kapasiti ICT bagi meningkatkan kualiti maklumat hal ehwal Islam sebagai rujukan utama dalam melahirkan khaira ummah
  2. Memantapkan pengurusan hal ehwal Islam melalui pembudayaan ICT dan perkongsian maklumat secara inovatif


OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan ICT secara yang berkesan-kos, menepati masa, mesra pengguna dan memenuhi semua keperluan pengguna.


FUNGSI
  1. Merangka strategi dan perancangan TMK JAKIM selaras dengan Misi, Visi, Objektif dan Fungsi JAKIM;
  2. Menyediakan prasarana TMK JAKIM untuk jangka pendek dan jangka panjang;
  3. Melaksanakan kajian kesauran, pembangunan dan perlaksanaan sistem-sistem yang sesuai untuk meningkatkan prestasi pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah bidang tugas JAKIM, termasuk intranet dan ekstranet;
  4. Mengurus personel, perisian dan perkakasan TMK di JAKIM dengan sempurna;
  5. Mengkompil maklumat-maklumat Islam yang perlu secara bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk manfaat ummah;
  6. Memantau dan menilai perkembangan TMK dan impaknya dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dan di seluruh dunia serta mencari cara menanganinya secara yang bersesuaian; dan
  7. Menjadi penasihat kepada pengurusan JAKIM dalam penggunaan TMK secara menyeluruh
 

PIAGAM PELANGGAN
  1. Memastikan perkhidmatan Portal Jakim beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun
  2. Memastikan bantuan teknikal (Help Desk) di ambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja di Ibu Pejabat.
  3. Memastikan emel diwujudkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tempoh permohonan diluluskan.