Menjadi Bahagian unggul dan berprestij dalam pengurusan dan pelaksanaan Majlis Rasmi Kerajaan.
MISI:
Untuk menentukan pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkualiti.
OBJEKTIF:
1. Mengurus dan melaksanakan Majlis Rasmi Kerajaan dengan teratur dan sempurna serta berkualiti.
2. Memberi khidmat nasihat dan bantuan yang berkualiti dalam urusan protokol bagi memastikan Majlis berjalan dengan lancar dan teratur.
FUNGSI:
Keurussetiaan 1:
1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan.
2. Menguruskan pentadbiran dan kewangan Bahagian.
3. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK).
4. Merancang, menyelaras, memproses, menyediakan khidmat nasihat dan mengawal selia urusan permohonan sokongan Pas Lawatan Ikhtisas JAKIM.
5. Menyelaras, memproses penyertaan dan penghantaran hakim/peserta/pegawai pengiring ke pertandingan al-Quran peringkat antarabangsa di luar negara.
Keurussetiaan 2:
1. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS).
2. Menyelaras pelaksanaan Program Bantuan Teknikal Masyarakat Islam Kemboja.
3. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.
4. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam Kebangsaan (JAPHEIK).
5. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA).
Keurussetiaan 3:
1. Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab keurussetiaan bagi Majlis Rasmi Kerajaan (MRK): Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Pertabalan/Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
2. Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab keurussetiaan Multaqa / Mesyuarat Ketua Jabatan (MKJ).
3. Merancang, mengurussetiakan dan menyelaras pelaksanaan Persidangan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia (EXCO).
4. Menyelaras dan melaksanakan tanggungjawab keurussetiaan Sambutan dan Protokol bagi Majlis-Majlis Rasmi program di bawah JAKIM dan agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
5. Menyelaras dan mebangunkan Garis Panduan Protokol JAKIM serta pasukan protokol yang terlatih.(Skuad Protokol JAKIM-SPJ).
6. Menyelaras pelaporan aktiviti dan program wakil JAKIM (Atase Agama) dalam urusan keagamaan di luar negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab dengan memberi perkhidmatan berkualiti melalui penyediaan perkhidmatan seperti berikut :
Memastikan permohonan sokongan pas lawatan ikhtisas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada permohonan diterima;
Memastikan pelaksanaan program ‘Senior Official Meeting’ (SOM)/MABIMS disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menghadiri persidangan/kembali dari menghadiri persidangan;
Menyelesaikan semua urusan pelanggan di kaunter Pas Lawatan Ikhtisas tempoh tiga puluh (30) minit.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan seluruh sahabat Baginda. Saya berasa amat bersyukur kerana kita dipertemukan di halaman ini.
Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab terhadap penganjuran Majlis Rasmi Kerajaan iaitu yang melibatkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Fokus Bahagian adalah berteraskan kepada pendigitalan, perpaduan ummah, pembangunan modal insan dan juga pengantarabangsaan bagi menderaskan pelunasan pelaksanaan program-program berkaitan agar dapat memberi impak yang optimum.
Budaya kerja berprestasi tinggi dan kecemerlangan merupakan amalan utama bagi memastikan warga Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mewujudkan persekitaran kerja kondusif dengan bekerja secara berpasukan dalam menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Semoga semua pihak dapat memperoleh manfaat sepenuhnya melalui perkhidmatan yang disampaikan oleh Bahagian ini secara khususnya melalui halaman ini. Bersama-samalah dengan warga Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar ke arah pemerkasaan ummah.
Sekian, salam hormat.
JAKIM UNTUK UMMAH
Pengarah Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
LATAR BELAKANG
Bahagian Keurussetiaan dan Hubungan Luar adalah gabungan Cawangan Urussetia Satu, Cawangan Urussetia Dua dan Urussetia Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan /Antarabangsa dalam Struktur Organisasi Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) yang telah disusun semula pada 1997.
Pada asalnya, Bahagian ini diwujudkan untuk mengendalikan hal-hal keurussetiaan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, penyusunan semula fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam telah menyeragamkan dan memfokuskan fungsi keurussetiaan Majlis Rasmi Kerajaan iaitu melibatkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah satu Bahagian bagi membolehkan ia ditadbir dengan lebih cekap dan berkesan.