Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Persidangan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) Kali Ke-49 pada 28 hingga 30 Oktober 2017 bertempat di Hotel The Light, Seberang Perai Pulau Pinang.

 

Persidangan yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Prof. Dr. Mohd Yusof bin Noor ini telah dihadiri oleh YBhg Tan Sri Dato’ Hj Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim selaku Setiausaha LEPAI, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik oleh Raja/Sultan sebagai ahli LEPAI mewakili negeri masing-masing, ahli-ahli LEPAI yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja, Pengarah-pengarah / wakil Pengarah Jabatan Agama Islam negeri-negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Islam Terengganu. Hadir bersama dalam persidangan ini ialah YBhg Datuk Hj Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim dan Pengarah-pengarah bahagian di Jakim.

 

Persidangan ini merupakan salah satu platform utama bagi membincang dan menyelaraskan pelbagai isu-isu pendidikan agama Islam di seluruh Negara, di samping berkongsi idea dan pandangan bagi memastikan setiap perancangan dan perkembangan pendidikan Islam di negara ini berjalan lancar,secara bersepadu dan berkesan.

 

YBhg Tan Sri Mohd Yusof Noor, mewakili LEPAI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana sentiasa memberikan perhatian utama terhadap kemajuan dan hala tuju institusi pendidikan agama Islam di Negara ini.

 

Dalam persidangan ini, beberapa perkara dasar berkaitan pengurusan pendidikan agama Islamtelah dibincangkan dalam usaha untuk memantap dan memperkasakan hal ehwal pendidikan Islam di Malaysia.

 

 

lepai49 13

lepai49 15

lepai49 36

lepai49 16

lepai49 18

lepai49 23