Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

MRR 254 1

 

Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja Yang Ke-254 telah diadakan dengan jayanya pada 28 Syawal 1440 Hijrah bersamaan 2 Julai 2019 (Selasa). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh  Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Sultan Selangor di Balai Seri Maharaja, Istana Negara, Kuala Lumpur. Ia melibatkan Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda (SPB) Yang Dipertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, DYMM Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, KDYMM Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Tuanku Almarhum Tuanku Munawir, DYMM Sultan Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, mewakili KDYMM Sultan Kelantan YTM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra dan mewakili KDYMM Sultan Pahang YAM Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof selaku Timbalan Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) bersama Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim selaku Setiausaha MKI telah menyembah maklum dua (2) kertas mengenai Pelaksanaan Gagasan Negara Rahmah dalam Pentadbiran Negara dan keputusan fatwa mengenai pendermaan dan pemindahan organ dan tisu serta isu berkaitan kelompok yang membahayakan negara yang mempergunakan Islam sebagai alasan perjuangan.

Selain berfungsi sebagai Majlis yang berbidang kuasa memilih YDPA dan Timbalan YDPA mengikut peruntukan Persekutuan, Majlis ini juga berperanan membuat keputusan dalam apa-apa perbuatan, amalan atau pegangan agama meliputi seluruh Persekutuan di samping menjalankan fungsi-fungsi lain yang telah ditetapkan. Majlis ini adalah unik kerana ia merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis ini telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan (www.majlisraja-raja.gov.my, Fungsi-fungsi Majlis Raja-Raja). Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-255 dijadual akan berlangsung pada bulan Oktober 2019.

Laporan disediakan oleh:

Sekretariat MKI

Bahagian Dasar Kemajuan Islam

MRR 254 2

MRR 254 3

MRR 254 4

MRR 254 5

MRR 254 6

MRR 254 7

MRR 254 8

MRR 254 9

MRR 254 10