Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 

RTD0

Round Table Discussion (RTD) Pengurusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Tahun 2020 buat julung kali telah diadakan dengan jayanya pada 8 hingga 10 Rejab 1441H bersamaan 3 hingga 5 Mac 2020. RTD ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan dihadiri oleh 33 orang peserta dan urus setia dari kalangan pegawai pengurusan tertinggi dan kanan JAKIM serta agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sejumlah 13 buah agensi yang turut serta menjayakan RTD pada kali ini iaitu Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP), Al-Hijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah) dan Universiti Islam Malaysia (UIM).

Program ini dirancang selaras dengan kehendak Teras 2, Pelan Strategik JAKIM 2019 – 2025 untuk memperkukuhkan pentadbiran Islam melalui penyelidikan dan pembangunan dasar yang lebih progresif dan berteraskan maqasid syariah di samping melengkapkan perancangan tindakan Sekretariat MKI JAKIM bagi tahun 2020. Ia bertujuan memperkemas sistem pengurusan Mesyuarat MKI yang merupakan sebuah platform syura tertinggi bagi penyelarasan tadbir urus hal ehwal Islam secara kolektif di peringkat persekutuan bersama-sama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri (PBKN) di seluruh negara.

Sebagai hasilnya, RTD MKI 2020 telah mencapai objektif untuk menyedia, menyemak semula dan mengemas kini Draf Memorandum Kertas Cadangan, Kertas Makluman untuk dibentangkan dalam Mesyuarat MKI Kali ke-68 yang dijadual bersidang pada 15 April 2020. Selain itu, para peserta turut diberi peluang merasai pengalaman mencerap matahari dan bulan di Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Saksikan Link Video RTD di Youtube : https://youtu.be/a58a3f3dePc

Laporan disediakan oleh:

Sekretariat MKI

Bahagian Dasar Kemajuan Islam

 

RTD 1

RTD 2

RTD 3

RTD 4

RTD 5

RTD 6

RTD 7

RTD 8

RTD 9

RTD 10