Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bengkel Akreditasi dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jakim telah diadakan pada 9 – 11 November 2015 di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah. Para peserta bengkel terdiri daripada pegawai dari Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan kader pos Jakim dari hospital-hospital seluruh Malaysia.
 
Antara objektif dan pengisian bengkel ialah untuk menyediakan proses kerja standard dan prosedur kerja Hospital Mesra Ibadah, merapatkan jaringan ukhwah dalam kalangan kader-kader pos Jakim selain daripada perbincangan isu-isu kader pos Jakim di hospital-hospital seluruh Malaysia.
 
Di akhir bengkel telah diadakan resolusi bengkel dalam bentuk forum. Ahli panel forum yang dijemput terdiri daripada YBhg. Dato’ Hj. Razali b. Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (PI) Jakim, Ybhg. Dato’ Dr. Hj. Azman b. Hj. Abu Bakar, Pengarah Perkembangan Perubatan KKM, Ybhg. Dato’ Dr. Hj. Khalid b. Ibrahim, Pengarah Hospital Sungai Buloh dan Dr. Yusaini b. Yusoff, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.  Sementara Dr. Lokman b. Ab Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Integriti KKM selaku Moderator.
 
Dalam forum tersebut, Ybhg. TKP (PI) telah mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM kerana memberikan kerjasama yang sangat baik penempatan pegawai-pegawai kader pos Jakim. Bagi pihak Jakim pula akan memberikan kerjasama kepada KKM terutama untuk merealisasikan Hospital Mesra Ibadah melalui hubungan smart-partnership ini.
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 1
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 2
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 3
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 4
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 5
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 6
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 7
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 8
 
Bengkel Akreditasi Dan Kualiti Hospital Mesra Ibadah 9