Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H & Kajian Kecerahan Langit dan Pembiasan Cahaya Di Ufuk Selepas Terbenam Matahari
 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah mengadakan Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H & Kajian Kecerahan Langit dan Pembiasan Cahaya Di Ufuk Selepas Terbenam Matahari.bertempat di Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 30 Jamadilakhir 1437H bersamaan 8 April 2016.
 
Kajian ini diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan ahli kajian ini terdiri daripada pegawai Jabatan Ukur dan Pemetaan malaysia (JUPEM), Universiti Malaya, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Kajian pada kali ini dapat merakamkan anak bulan Rejab 1437H yang mula kelihatan pada 7.34 malam. Peralatan teleskop dan teodolit digunakan bagi melaksanakan kajian cerapan hilal tersebut yang berakhir pada 9.00 malam.
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 1
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 2
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 3
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 4
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 5
 
Kajian Cerapan Hilal Rejab 1437H 6