Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam Kali Ke-88 telah diadakan pada 5 - 7 April 2016 bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Mesyuarat diurussetiakan oleh Unit Kajian Media, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.
 
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa selaku Timbalan Pengerusi telah menilai dan membuat  keputusan ke atas 16 laporan semakan dan penilaian. Daripada jumlah tersebut sebanyak 12 buah buku telah diperakukan untuk dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Manakala selebihnya telah dipersetujui untuk dikenakan tindakan yang bersesuaian.
 
mjkp 88 1
 
mjkp 88 2
 
mjkp 88 3