Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENAPISAN BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam kali Ke-89 telah diadakan pada 16 Februari 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat diurussetiakan oleh Unit Kajian Media, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa selaku Timbalan Pengerusi telah menilai dan membuat keputusan ke atas empat laporan semakan dan penilaian bahan penerbitan berunsur Islam. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga buah buku telah diperakukan untuk dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam 3