Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
MUZAKARAH AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH INSTITUSI
KEWANGAN DI MALAYSIA KALI KE-13
TAHUN 2017
 
“Pematuhan Syariah Mendepani Inovasi Kewangan Global”
 
20 Julai 2017/ 26 Syawal 1438
Dewan Persidangan Mahkamah Syariah
Wilayah Persekutuan Putrajaya
20 Julai-Putrajaya. Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia kali ke -13 telah berjaya dianjurkan secara kerjasama strategik Jakim dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Penganjurannya juga pada kali ini melibatkan Bank Islam Malaysia Berhad dan Permodalan Nasional Berhad.Kerjasama ini memainkan peranan yang penting dalam usaha kerajaan membangunkan sistem muamalat dan ekonomi Islam di Malaysia sebagai penguasa (regulator), penyelidikan dan penyelaras dalam industri takaful, perbankan dan pasaran modal Islam.Majlis perasmian muzakarah ini telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala pengerusi muzakarah ialah YBhg. Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali bin Ab. Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara. Muzakarah kali ke-13 ini telah berjaya menarik seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Panel Penasihat Syariah, Eksekutif Syariah di institusi kewangan, Panel Pakar Muamalat Jakim dan ahli-ahli akademik.Dengan tema “Pematuhan Syariah Mendepani Inovasi Kewangan Global”, muzakarah pada tahun ini mengupas dan membahaskan tajuk penggunaan matawang digital (Bitcoin). Sebanyak dua buah kertas kerja telah dibentangkan, iaitu Penggunaan Mata Wang Digital: Satu Pengenalan oleh YBrs. Dr. Muhammad Reza Z’aba daripada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan Penggunaan Mata Wang Digital Menurut Perspektif Syariah oleh YBrs. Dr. Farrukh Habib daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA).Selain daripada pembentangan kertas kerja, muzakarah ini memberi ruang kepada peserta muzakarah untuk turut serta memberikan ulasan, pandangan dan perkongsian maklumat serta cadangan yang difikirkan sesuai berkaitan tajuk yang diketengahkan pada sesi sebelah petang.Muzakarah diakhiri dengan bacaan rumusan muzakarah yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad merangkap pakar rujuk muzakarah. Ucapan penutupan muzakarah pula telah disempurnakan oleh Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim.
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 1
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 2  Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 3
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 4  Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 5
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 6  Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 7
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 8  Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 9
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 10  Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 11
 
Muzakarah MPS Institut Kewangan Kali ke 13 2017 12