Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah mengadakan Persidangan Jawatankuasa Rukyah Seluruh Malaysia pada 23 April 2019 bertempat di Mudzaffar Hotel, Melaka.

Sebanyak 3 tajuk pembentangan telah dibentang dalam persidangan tersebut iaitu:-
1) Hilal Di Antara Rukyah dan Hisab telah disampaikan YBrs. Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, mewakili Sahibus Samahah Dato’ Timbalan Mufti Negeri Selangor,
2) Kajian Hilal di Malaysia dari Tahun 2000 hingga 2018 Melalui Kaedah Saintifik oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin (Panel Pakar Falak JAKIM),
3) Taklimat Garis Panduan Cerapan Hilal oleh YBrs. Ustaz Khairul Anuar bin Yazid, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Kajian Falak, JAKIM.
 

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka dan seterusnya melancarkan Buku Garis Panduan Cerapan Hilal.
Persidangan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Rukyah / Melihat Anak Bulan Negeri-Negeri, Mufti dan Timbalan Mufti, Panel Pakar Falak JAKIM dan Ketua Pegawai Falak Negeri-Negeri. Tetamu undangan khas dalam persidangan tersebut adalah YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Sahibus Samahah Datuk Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, JAKIM adalah antara kenamaan yang menjayakan persidangan kali ini.
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 1
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 2
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 3
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 4
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 5
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 6
 
Persidangan Jawatankuasa Rukyah Malaysia 1440 7