Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA (1 OKTOBER 2019) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam (JPMBI) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-93 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Zakaria bin Stapa. Mesyuarat telah dihadiri oleh 9 orang ahli Jawatankuasa yang dilantik dan wakil agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri. Mesyuarat diadakan bertujuan mengenal pasti, menapis dan menilai bahan media berunsur Islam yang bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam 2019 1
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam 2019 2
 
Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam 2019 3