Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Johor Bahru, 22 Oktober 2019 : Bahagian Penyelidikan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor telah menganjurkan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Johor di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.
 
Seminar yang bertemakan Isu-Isu Semasa ini diadakan untuk memberi penjelasan mengenai pandangan hukum dan fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Mufti Negeri di samping mengangkat wibawa fatwa sebagai panduan dan rujukan berautoriti dalam kalangan masyarakat. Melalui penganjuran program ini, ia juga dapat membuka mata masyarakat khasnya dalam mencari kaedah solusi isu-isu berkaitan hukum syarak.
 
Kedua-dua agensi kerjasama ini telah mengundang Kiyai Haji Idrus bin Ramli, Dewan Pakar Ahli Sunnah Wal Jamaah NU CENTRE PWNU Jawa Timur, Indonesia dan Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi mengupas dan memberi penjelasan mengenai isu dan pandangan hukum mengenai Hizbu al-Tahrir. Timbalan Mufti Johor, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Ahmad Faisal bin Muhammad turut memberi pencerahan mengenai prosedur pewartaan fatwa negeri kepada umum.
 
Program yang mendapat sambutan lebih dari 1200 orang peserta ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor. Turut sama hadir di majlis perasmian tersebut ialah Yang Berbahagia Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM dan Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato' Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor.
 
Jabatan Mufti Johor juga melancarkan Himpunan Fatwa Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Tahrir bin Kiyai Haji Samsuddin Jilid 4. Turut disaksikan Sahibus Samahah Yang Berhormat Dato' (Dr) Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Sahibus Samahah Dato' Haji Mohd Tahrir bin Kiyai Haji Samsuddin, Penasihat Agama Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Yang Berhormat Dato' Haji Md. Rofiki bin Dato' Hj. Samsudin, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM.
 
Seminar Pendidikan Fatwa merupakan program siri tahunan JAKIM yang dianjurkan bersama Jabatan Mufti Negeri seluruh Malaysia.
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 1
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 2
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 3
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 4
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 5
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 6
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 7
 
JAKIM JMJ Anjur Seminar Pendidikan Fatwa 8