Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Kota Bharu, 19-21 Oktober 2015 : Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk menyelaras bidang penguatkuasaan dan pendakwaan syariah dengan penganjuran forum-forum penyelarasan di peringkat kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Selaras dengan tujuan tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah menjalinkan kerjasama dengan JAKIM bagi menganjurkan Konvensyen Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Syariah Malaysia 2015 bertempat di Kota Bharu, Kelantan. Objektif utama Konvensyen tersebut diadakan adalah bagi memperkukuhkan pemahaman dan pengetahuan para peserta terhadap isu-isu semasa Perundangan Syariah di Malaysia. Seramai 200 orang peserta telah hadir dalam Konvensyen tersebut yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Hakim Syarie negeri-negeri seluruh Malaysia. Sebanyak 4 perbentangan kertas kerja dan satu slot forum telah mengisi aturcara dalam Konvenysen tersebut. Ucaptama konvensyen telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abdul Rahman, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara.
 
Majlis Perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Nik Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan mewakili YAB Dato’ Menteri Besar Kelantan. Manakala YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan khas sempena majlis perasmian tersebut. Turut sama dalam majlis tersebut ialah YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Pengerusi Pembangunan Islam Dakwah dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, YB. YAA Dato’ Haji Daud bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja), Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YB. Dato’ Che Rahim bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), YBhg. Tuan Haji Aziz bin Mohamad, Pengarah Bahagian Penyelarasan Undang-Undang JAKIM dan YAA Ketua-ketua Hakim Syarie negeri-negeri seluruh Malaysia.
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 1
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 2
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 3
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 4
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 5
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 6
 
Konvensyen PHEI dan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia 2015 7