Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Bagi menaiktaraf sistem penyampaian perkhidmatan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang mengambil inisiatif memperkenalkan Sistem Penarafan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (SPPP) Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia. Program ini bertujuan menilai dan mengukur tahap kekuatan dan pencapaian Agensi Penguatkuasaan Syariah dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di negeri-negeri agar ianya berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.
 
     Program ini bermula dengan pembinaan Instrumen penarafan pada tahun 2013 sehinggalah kejayaan mengadakan Projek Rintis Penarafan pada tahun 2014 di tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kelantan. Seterusnya, pada tahun 2015 pula JAKIM bersama panel penilai penarafan yang dilantik telah berjaya melaksanakan penarafan di enam buah negeri iaitu Negeri Sembilan pada 19 Ogos 2015, Johor pada 9 September 2015, Terengganu pada 14 September, Selangor pada 29 September 2015, Kedah pada 6 Oktober 2015 dan Perlis pada 7 Oktober 2015. Program ini akan diteruskan pada tahun 2016 untuk menjalankan penarafan di lapan buah negeri yang masih berbaki bagi melengkapkan sesi pertama penarafan yang diadakan dua tahun sekali.
 
     Diharapkan dapatan pelaksanaan SPPP ini dapat membantu JAKIM untuk menyelaras pelaksanaan tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah di samping membantu negeri-negeri menilai kekuatan dan kelemahan mengikut penanda aras yang ada seterusnya berusaha memperbaiki dan meningkatkan potensi modal insan dan pembangunan organisasi setanding dengan agensi penguatkuasaan lain di negara ini.
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 1
YBhg. Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah Bahagian BPUU Jakim memeriksa perbarisan
Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 2
Barisan panel penilai bergambar bersama YBhg. Tuan Haji Wan Ismail Sahaimi bin Wan Omar,
Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan Kewangan dan Pembangunan,
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 3
Penarafan Penguatkuasaan Syariah di Jabatan Agama Johor
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 4
Panel Penilai bergambar bersama YBhg. Tuan Haji Mohamad Sokri bin Haji Husin,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 5
Penarafan Pendakwaan Syariah di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
 
Sistem Penarafan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah JAIN 6
Penarafan Penguatkuasaan Syariah di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu