Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Bangi, 10 - 12 Julai 2017 – Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) JAKIM, dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Persatuan Perubatan Pengubatan dan Kebajikan Islam (Darussyifa’) telah berjaya meneruskan Kursus Ruqyah Syariyyah (Perubatan Islam) Siri Ketiga bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor. Kursus ini melibatkan seramai 22 orang peserta yang majoritinya terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama, Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai BPUU JAKIM.

Kursus ini merangkumi slot ceramah, solat berjemaah bersama majlis zikir, hafazan serta ujian tasmi’ bagi amalan ruqyah asas kedua. Di antara tajuk yang dibincangkan ialah; Penyakit Yang Disebabkan Oleh Sihir, Tanda-Tanda Terkena Sihir, Cara Merawat Sihir , Amalan Bagi Menjauhkan Kejahatan Sihir serta tajuk berkaitan Hakikat Jin. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah dan perawat berpengalaman dari Darussyifa’ antaranya ialah Dr. Rushdi bin Ramli, Ustaz Ashari bin Mahat, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim, Ustaz Saiful Syahrul bin Mohd Hanafi, Ustaz Abd. Rahman bin Nawas, Ustaz Imran bin Kamal Basha, Ustaz Muhamad Redza bin Ahmad, Ustaz Mohd Najib bin Abdullah, Ustaz Razak bin Mahadi, Ustaz Abdul Rashid bin Ahmad dan Ustaz Mohd Apandi bin Husain.

Antara slot istimewa kursus kali ini ialah, peserta telah diberikan peluang untuk mengikuti kuliah, menjalani majlis zikir dan menjalani ujian tasmi’ di Darussyifa’. Justeru peserta dapat menghayati suasana pengajian di Darussyifa’ sebagaimana peserta kursus rawatan Islam yang lain. Peserta dapat melihat sendiri bagaimana proses rawatan ruqyah dilaksanakan. Suasana ini memberikan keyakinan diri dan pengalaman yang amat berharga kepada para peserta.

ruqyah iii 1

 

ruqyah iii 2

 

ruqyah iii 3

 

ruqyah iii 4

 

ruqyah iii 5

 

ruqyah iii 6

 

ruqyah iii 7

 

ruqyah iii 8

 

ruqyah iii 9

 

ruqyah iii 10