Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Pada 10-11 Julai 2018 yang lalu, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang (BPUU) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA) dan Ketua Pendakwa Syarie (KPS) Seluruh Malaysia Kali Ke-18 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Aziz bin Hj. Mohamad, Pengarah BPUU mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama (KPPA), Ketua Pendakwa Syarie (KPS) seluruh Malaysia serta wakil daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang JAKIM. Sebanyak tujuh kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat pada kali ini iaitu enam kertas cadangan dan satu kertas makluman.

Antara tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibentangkan adalah seperti berikut :

 

           Tajuk : Kod Etika Pendakwa Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan/ Negeriā€¦) 2018

  Oleh : Tuan Marzuki bin Hassan, KPPK BPUU, JAKIM

 

Tajuk : Cadangan Penambahbaikan Sistem e Jinayat Versi 3.1

 Oleh : Tuan Marzuki bin Hassan, KPPK BPUU,JAKIM

 

Tajuk : Kerjasama Penganjuran Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie                                                  Seluruh Malaysia Bagi Tahun 2018

 Oleh : Tuan Marzuki bin Hassan, KPPK BPUU,JAKIM

 

Tajuk : Manual Prosedur Kerja (MPK) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

      Oleh : Puan Multazimah binti Rafie, Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perak

 

    Tajuk : Pelan Strategik Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

      Oleh : Tuan Abd Razak bin Mat Nayan, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie

                Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan

 

     Tajuk : Pengurusan Fail Kes Jabatan Pendakwaan Syariah Seluruh Malaysia

      Oleh : Tuan Ghazali bin Ahmad, Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie

                Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan


   Tajuk : Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah (SKPJS) 2018

Oleh : Tuan Marzuki bin Hassan, KPPK BPUU, JAKIM.

 

kppakps 2018

 

kppakps 2018 1

 

kppakps 2018 2

 

kppakps 2018 3

 

kppakps 2018 4