Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya – 26 Februari 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Garis Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja kali pertama itu telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Sakaria Samela, Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan dihadiri oleh ahli akademik dan pengamal perundangan. Mesyuarat telah membincangkan Falsafah Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Menurut Perspektif al-Quran dan al-Sunnah yang telah dibentangkan oleh YBrs. Tuan Ali bin Muda, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan way forward Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasa Agama.

SOP19Pertama 7

SOP19Pertama 1

SOP19Pertama 2

SOP19Pertama 3

SOP19Pertama 4

SOP19Pertama 5

SOP19Pertama 6