Putrajaya – 22 hingga 23 Julai 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Bengkel Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Siri 2/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari telah dihadiri oleh ahli Jawatankuasa Penyediaan Elemen-Elemen Kesalahan Jenayah Syariah yang terdiri daripada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri dan Ketua Pendakwa Syarie Negeri. Dalam siri 2/2019 tersebut, dua peruntukan kesalahan jenayah syariah telah dibedah siasat dan dikenalpasti elemen-elemen kesalahan di dalamnya. Peruntukan yang berkenaan ialah kesalahan menghina pihak berkuasa agama dan kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina dll. agama Islam.





