Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA – 20 Ogos 2019 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke 19 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah BPPPS mewakili YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan ahli mesyuarat terdiri daripada semua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri dan semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.

Mesyuarat kali ini diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan tindakan ke arah memperkasakan bidang penguatkuasaan dan pendakwaan selaras dengan konsep Rahmatan Lil alamin. Selain daripada itu, pelbagai isu telah dibangkitkan dan telah mencapai persetujuan bersama oleh semua ahli mesyuarat.

 

mesy kppakps 2019 1

 

mesy kppakps 2019 2

 

mesy kppakps 2019 3

 

mesy kppakps 2019 4

 

mesy kppakps2019 5