Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

PUTRAJAYA - 27 Ogos 2019, JAKIM melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), telah mengadakan Lawatan Kajian ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah BPPPS. Lawatan ini dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan pandangan dan maklumat untuk merealisasikan Kajian Pemerkasaan Institusi Penguatkuasaan Syariah yang dibuat oleh JAKIM. Sesi temubual telah dilakukan bersama YBhg. Dato’ Azmi bin Karim, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

sprm 1

 

sprm 2

 

sprm 3

 

sprm 6

 

sprm 4

 

sprm 5