Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

ILIM, Bangi – 3 Oktober 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah telah menganjurkan Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 secara kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program tahunan yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi itu telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri, Pendakwa Syarie Negeri, pegawai penguatkuasa halal dan pegawai penyelidik dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

 

Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 telah mengenengahkan tema “Pembuktian Kukuh, Penghujahan Utuh”. Ucaptama mengenai tema Konvensyen telah disampaikan oleh YAA Dato’ Dr Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang Konvensyen tersebut berlangsung yang melibatkan 3 penceramah dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) iaitu ASP Mohamad Razalee bin Mohd Yatim, ASP Kamarul Hasnan bin Hassan, ASP Mohd Nazri bin Mohd Nor dan seorang penceramah dari Jabatan Peguam Negara iaitu Tuan Muhamad Asyraf bin Md Kamal. Perasmian program Konvensyen telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Di dalam majlis perasmian, YB Menteri juga turut melancarkan Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri dan menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Garis Panduan Penguatkuasa Undang-Undang Syariah serta sijil penyertaan Program Sangkutan Pendakwa Syarie bagi tahun 2018.

 

konvensyen19 1

 

konvensyen19 naim

 

konvensyen19 bentang1

 

konvensyen19 bentang2

 

konvensyen19 ucapanPerasmian

 

konvensyen rasmi 2

 

konvensyen19 lancarEtika

 

konvensyen19 sangkutan

 

konvensyen19 2

 

konvensyen19 ramai2

 

 konvensyen19 press

 

konvensyen19 usetia