Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

PUTRAJAYA – 22-23 Oktober 2019, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan program Wacana Pakar Undang-Undang Keterangan Siri Ke-2 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

 

Program yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu, kompetensi dan kemahiran Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie seluruh Malaysia tersebut telah dibimbing oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan bin Ab Rahman, Mantan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh selaku tenaga pengajar pakar khas. Pada kali ini, para peserta program telah didedahkan secara jelas dan terperinci mengenai tajuk qarinah dalam undang-undang keterangan berserta dengan seksyen-seksyen dan kes-kes yang berkaitan.

 

wacana siri ii 1

 

wacana siri ii 2

 

wacana siri ii 3

 

wacana siri ii 4

 

wacana siri ii 5