Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), 29-31 Oktober 2019 – Pegawai dan kakitangan Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) JAKIM telah bermukim selama tiga hari bagi melaksanakan Bengkel Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Tahun 2020 dan Retreat Pengukuhan Pasukan BPPPS. Terdahulu, perancangan kerja bagi tahun 2020 dibincangkan dengan teliti berdasarkan senarai tugas masing-masing bagi melicinkan lagi peranan dan fungsi bahagian agar dapat mencapai Key Performance Indicator (KPI) bagi tahun 2020, Sasaran Kerja Strategik JAKIM 2019-2025 dan Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan (PIKAP) 2019-2025.
 
Pada hari kedua dan ketiga, retreat pengukuhan pasukan telah dilaksanakan melalui bimbingan pakar bidang komunikasi dan organisasi iaitu Dr. Saiful Amin bin Jalun. Aktiviti latihan dalam kumpulan turut dibantu oleh Tuan Haji Ir. Mohamad Allaudin bin Abu Ghani dan Encik Ahmad Syihan Fadzli bin Fadzli selaku fasilitator. Slot pengisian setiap aktiviti latihan dalam kumpulan mempunyai falsafah tersendiri iaitu menekankan aspek kemahiran interpersonal, daya kreativiti, kemahiran komunikasi, memahami peranan dan tanggungjawab, penyelesaian masalah secara strategik serta mempertingkatkan semangat setiakawan dan budaya kerja berpasukan dalam organisasi. Secara keseluruhannya, semua peserta telah memberi sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti yang dijalankan dengan cemerlang.
 
Di majlis penutup, Pengarah BPPPS dalam ucapannya telah menyentuh mengenai keperluan agar Bahagian mempunyai pasukan warga kerja yang bermaklumat, berintegriti dan sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Beliau juga turut menekankan supaya budaya kerja secara silo perlu dielakkan bagi memastikan organisasi terus cemerlang dan dapat memainkan peranan memenuhi keperluan stakeholders.
 
retreat19 1
 
retreat19 2
 
Penyediaan dokumen Sasaran Kerja Tahunan Pegawai dan kakitangan BPPPS bagi tahun 2020
 
retreat19 3
 
retreat19 4
 
retreat19 5
 
retreat19 6
 
Aktiviti Latihan dalam Kumpulan
 
retreat19 7
 
retreat19 8