Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

6 Februari 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Objektif utama mesyuarat ialah menyelaras fungsi dan dasar pendakwaan syariah selaras dengan kehendak maqasid syariah ke arah pembentukan gagasan Rahmatan Lil-'Alamin. Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah dapat menyelaraskangerak kerja dan aktiviti tahunan pendakwaan syariah seluruh Malaysia.

 

mesy kps 1 2020 1

 

mesy kps 1 2020 2

 

mesy kps 1 2020 3

 

mesy kps 1 2020 4

 

mesy kps 1 2020 7