Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

15 Julai 2020 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama Strategik Antara Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan JAKIM bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

 

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM telah mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Jabatan Penjara Malaysia yang diketuai oleh PKK Puan Zulia binti Khamis, Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling JPM, Tuan Ramzi bin Osman, PUU JAKIM, Tuan Haji Marzuki bin Hassan, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Tuan Haji Aminudin Mohammad, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan wakil-wakil dari Bahagian Dakwah serta Bahagian Penyelidikan JAKIM.

 

Mesyuarat telah membincangkan bentuk kerjasama strategik antara JPM dan JAKIM terutamanya dalam usaha pembangunan pemulihan sahsiah penghuni dengan memastikan wujudnya kesinambungan pendidikan atau bimbingan serta khidmat sokongan sosial yang berterusan melalui program-program dakwah dan program pemulihan dalam komuniti.

 
penjara 2
 
 
penjara 1
 
 
penjara 3