Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
27 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Sebanyak 2 kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat ini iaitu, “Penaiktarafan Sistem e-Jinayat 3.1” disampaikan oleh Encik Shahjuhan bin Shamsuri, Sands Consulting Sdn Bhd dan “Kertas Makluman Kunjung Hormat ke Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Selangor” disampaikan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, JAKIM.

Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah dapat menyelaraskan gerak kerja dan aktiviti tahunan pendakwaan syariah seluruh Malaysia.
 
 
 
 kps 2020 4
 
kps 2020 2
 
kps 2020 1
 
kps 2020 3