Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
 
27 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Gubalan Kod Etika Pendakwa Syarie Bil. 2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Turut hadir ke mesyuarat ini, Tuan Mohd Syahrizal Syah bin Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, Tuan Mohd Nazri bin Mohd Ariffin dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Puan Fara Azida binti Ahmad Bakri dari Bahagian Undang-Undang JAKIM.

Objektif mesyuarat adalah untuk memuktamadkan draf kod etika pendakwa syarie ke arah memperkasakan dan meningkatkan kredibiliti pendakwa syarie.
 
 
kod etika 2020 1
 
kod etika 2020 2
 
kod etika 2020 3
 
kod etika 2020 4