Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Putrajaya – 10 hingga 11 Ogos 2020, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia Bil.2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama seluruh Malaysia tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS. Mesyuarat membincangkan perkara-perkara berkaitan penguatkuasaan undang-undang Syariah seperti penyelarasan kad kuasa dan pakaian seragam serta pemakaian pangkat Pegawai Penguat Kuasa Agama.

Selain itu, bagi meningkatkan kompetensi Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dalam melaksanakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ilmu berkaitan pengenalan pengurusan risikan yang disampaikan oleh DSP Tajulmar bin Taib dari Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Bukit Aman.
 
 kppa bil 2 2020 5
 
kppa bil 2 2020 3
 
kppa bil 2 2020 2
 
kppa bil 2 2020 6
 
kppa bil 2 2020 1
 
kppa bil 2 2020 4